Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Monday, December 19, 2011

SHOHAIMI BIN ABU BAKAR

NAMA : SHOHAIMI BIN ABU BAKAR
JAWATAN : GURU BESAR
GRED : DGA34
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 9.12.2011

Read more...

Thursday, November 17, 2011

Pencapaian UPSR 2011

Seramai 46 calon Sekolah Kebangsaan Nami menduduki Peperiksaan UPSR 2011. Pencapaian tahun ini amat menyedihkan kerana hampir kesemua mata pelajaran mengalami kemerosotan. Peratus Keseluruhan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2011 ialah 30.4%, iaitu menurun sebanyak 16.1% berbanding tahun 2010 iaitu 46.5%.

Bagi peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
Peratus Lulus = 73.9% (Menurun 9.2%)

BAHASA MELAYU (PENULISAN)
Peratus Lulus = 60.9% (Menurun 13.5%)

BAHASA INGGERIS
Peratus Lulus = 64.4% (Meningkat 6.3%)

MATEMATIK
Peratus Lulus = 45.7% (Menurun 40.3%)

SAINS
Peratus Lulus = 84.4% (Menurun 5.7%)


SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENDAPAT 3A 1B 1C
Nur Liyana bt Idris (Tahun 6C)

Read more...

Wednesday, November 16, 2011

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Pra Sekolah 2011

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Pra Sekolah 2011 telah dijalankan pada hari Isnin 14 November 2011 lalu pada pukul 8.30 pagi. Majlis tersebut disempurnakan oleh En Jasni bin Shafie (AMP, BKM) iaitu Pengulas Sukan Terkenal Tanah Air kita.
Pada majlis tersebut juga Mohamad Shazril Aimal bin Bakri telah dianugerahkan Tokoh Ko-Kurikulum, manakala Nur Liana dianugerahkan sebagai Tokoh Akademik Sekolah Kebangsaan Nami 2011.




Untuk melihat koleksi gambar Hari Anugerah Cmerlang & Graduasi Pra Sekolah sila klik ke ALBUM GAMBAR

Read more...

Rombongan Ke "The Carnivall Sungai Petani"

Seramai 32 orang murid tahun 6 mengikuti Rombongan ke "The Carnivall Sungai Petani pada Oktober 2011 lalu. Program ini adalah satu aktiviti pengisian selepas UPSR bagi murid tahun 6.



Read more...

Tuesday, November 1, 2011

Program Sekolah Bersama Komuniti (Hari Kantin)

Program Sekolah Bersama Komuniti telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Selasa 24 Okt 2011 lalu. Antara Aktiviti yang dijalankan ialah Gerai Jualan, Permainan, Cabutan Bertuah serta Pameran oleh Pejabat Kesihatan, Agensi Anti Dadah, Pemeriksaan Mata & Tekanan Darah & Program Derma Darah.

Jualan Pakaian Lelong

Kaunter Jualan Kupon

Pemeriksaan Tekanan Darah

Gerai Jualan

Pemenang Cabutan Bertuah Televisyen 29"

Untuk melihat koleksi gambar sila klik ke


Read more...

Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 & Terbuka Hari Kantin

Pertandingan Bola Sepak bawah 12 tahun kategori lelaki & perempuan dijalankan pada Khamis 20 September 2011. Manakala Bola Sepak Lima sepasukan kategori terbuka di adakan pada hari Ahad 23 Sept 2011.

Bagi Kategori bola sepak terbuka dimenangi oleh Pasukan Pak Gat yang menewaskan Pasukan Ashim Tim dengan jaringan 1-0.

Bagi Kategori Bola Sepak bawah 12 tahun lelaki diungguli oleh pasukan Liverpool yang berjaya menewaskan Pasukan Terangganu pada perlawanan akhir.

Manakala bagi bolasepak kategori perempuan bawah 12 tahun dimenangi oleh pasukan Kelas Tahun 5c.

Read more...

GHAZALI BIN HUSSAIN

NAMA : GHAZALI BIN HUSSAIN
JAWATAN : GPK HEM
GRED : DGA32
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 24.10.2011

Read more...

MOHD HAFIZ BIN HAMID


NAMA : MOHD HAFIZ BIN HAMID
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 23 OKT 2011

Read more...

MOHD ZAMRI BIN ABDULLAH

NAMA : MOHD ZAMRI BIN ABDULLAH
JAWATAN : GPK KO-KURIKULUM
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : Okt 2011

Read more...

Sunday, October 16, 2011

Program Sekolah Bersama Komuniti

PROGRAM SEKOLAH BERSAMA KOMUNITI
SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI 2011
Tarikh : 24 Oktober 2011 (Isnin)
Tempat : SK Nami
Dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan program ini.
Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya :-
* Gerai Jualan
* Pameran
* Tayangan Filem
* Permainan
(Bola Sepak 5 sebelah, Jaring Bola, Dart, Sepak Raga dan lain-lain)

ATURCARA SEPANJANG
PROGRAM SEKOLAH BERSAMA KOMUNITI 2011

HARI KHAMIS (20.10.2011)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Aktiviti :-
* Bola Sepak 5 sebelah bawah 12 tahun
* Bola Sepak wanita bawah 12 tahun
* Pasang Khemah

HARI AHAD (23.10.2011)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Aktiviti :-
* Panggung Wayang Mini
* Bola Sepak 5 sebelah terbuka
* Persiapan tempat / lokasi

HARI SELASA (24.10.2011)
Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg
Aktiviti :-
* Gerai Jualan
* Pameran
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan
- Pejabat Kesihatan
- Bomba dan Penyelamat
- Angkatan Tentera Malaysia
- Jabatan Penjara Malaysia
* Permainan
- Basikal Lambat
- Dart
- Boling Kelapa
- Sepak Raga Individu
- Menganyam ketupat
- Jaring Bola
* Cabutan Bertuah
* Derma Darah
* Pemeriksaan Mata Percuma
* Pertunjukkan Kawad Kaki

CABUTAN BERTUAH
(*Setiap pembelian Kupon bernilai RM10.00 anda layak untuk mendapatkan 1 borang cabutan bertuah)

Hadiah Utama :
Sebuah Televisyen 29"
Serta pelbagai barangan elektrik dan hamper

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH
Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Manaf (019-5128471)
1. Bola Sepak Bawah 12 tahun
(akan berlansung pada Khamis 20 Okt 2011)
2. Bola Sepak Terbuka
(Akan berlansung pada Ahad 23 Okt 2011)


Read more...

Saturday, September 24, 2011

SISTEM SAPS (SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH)


YAB Menteri Pelajaran telah memutuskan pada 25 Ogos 2011, supaya semua guru mata pelajaran dan guru kelas wajib mengisi markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan sahaja ke dalam sistem SAPS.

Semua sekolah Wajib melengkapkan semua pengisian markah-markah peperiksaan selewat-lewatnya Minggu Kedua November 2011. Mana-mana sekolah yang tidak berbuat demikian tidak akan dipertimbangkan bagi pemberian Insentif-Insentif di bawah NKRA Pendidikan.

Untuk memasukkan markah ke dalam sistem SAPS sila klik ke http://saps.moe.gov.my

Dipetik dari sumber: laman sesawang sistem SAPS ( http://saps.moe.gov.my )

Read more...

Friday, September 23, 2011

Sambutan Merdeka Raya Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2011 telah di adakan pada hari khamis 22 September 2011. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebutantaranya nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, persembahan murid & guru.
Antara tetamu yang dijemput hadir ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap iaitu Tuan Haji Mokhtar bin Hashim serta para ibubapa & penjaga.


Untuk melihat koleksi Gambar Sambutan Merdeka Raya 2011
sila klik ke Album Facebook

Read more...

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Nami ingin Mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Read more...

Sunday, August 7, 2011

Soalan Percubaan Sains UPSR 2011

Sains UPSR


KELANTAN


MELAKA


PAHANG


PERAK


SABAH


SARAWAK


KEDAH

Read more...

Friday, July 22, 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Tahunan 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Tahunan 2011 telah dilaksanakan pada 18 Julai 2011. Hadiah disampaikan oleh En. Jasni bin Shafie (Pengulas Sukan Terkenal Tanah Air). Tahniah kepada para pemenang dan pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada En Jasni Shafie kerana sudi hadir ke majlis ini.

Read more...

Sunday, July 10, 2011

Sukan Tahunan 2011



Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Nami 2011 telah dilaksanakan dengan jayanya pada Hari Rabu 6 Julai 2011. Majlis perasmian Sukan Tahunan tahun 2011 telah dirasmikan oleh YDP PIBG En. Azmi.

Rumah Kuning telah dinobatkan selaku Johan Rumah bagi Sukan Tahunan kali ini dengan mengumpul 3276 mata keseluruhan. Tempat Kedua dimenangi oleh Rumah Hijau dengan 2881 mata dan tempat Ketiga di sandang oleh Rumah Merah dengan 2540 mata, manakala rumah biru ditempat keempat dengan mengumpul 2114 mata. Untuk Kategori Perbarisan Rumah Sukan pula juga dimenangi oleh Rumah Kuning.


Juara Tarik Tali Waris Wanita

Untuk Melihat Koleksi Gambar Sukan Tahunan 2011 sila klik ke

Read more...

Saturday, July 2, 2011

Video Larian 1 Malaysia SK Nami

Read more...

Larian Serentak 1 Malaysia 1 Murid 1 Sukan


Larian Serentak 1 Malaysia sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan peringkat Sekolah Kebangsaan Nami telah dijalankan hari ini (2 Julai 2011). Larian 1 Malaysia dilepaskan oleh En Nasir (Pegawai PPD) tepat jam 7.45 pagi. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, Guru-guru serta Ibubapa terlibat dalam larian ini.




Perasmian Majlis Penutup Larian Serentak 1 Malaysia peringkat Sekolah Kebangsaan Nami disempurnakan oleh En Jasni Shafie iaitu Pengulas Sukan Terkenal Tanah Air. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Jasni Shafiee kerana sudi turut serta & memberi sokongan terhadap Sekolah Kebangsaan Nami. Terima kasih juga kepada PIBG dan Guru-guru sekolah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Larian ini.

Untuk Melihat Koleksi Gambar Larian 1 Malaysia sila klik ke

Read more...

Thursday, June 30, 2011

Pesta Durian Peringkat Sekolah 2011 "Mai Makan Durian 2011"

Majlis 'Mai Makan Durian 2011' ataupun Pesta Durian Peringkat Sekolah 2011 telah dijalankan pada Khamis 30 Jun 2011. Majlis bermula jam 11.00 pagi selepas Sambutan Israk Mikraj 2011. Pegawai PPD dan Pengetua serta Guru Besar di kawasan berhampiran juga dijemput hadir ke majlis ini.



Untuk melihat koleksi Gambar Pesta durian Sila klik ke


Read more...

Sambutan Israk Mikraj 2011

Sambutan Israk Mikraj 1432 H Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2011 telah dilaksanakan pada 30 jun 2011 bersamaan 28 Rejab 1432 H. Pelbagai aktiviti di adakan pada hari tersebut, antaranya ialah :

* Ceramah Israk Mikraj
* Pertandingan Azan
* Pertandingan Bercerita
* Pertandingan Nasyid
* Pertandingan Mewarna (Tahap1)



Untuk melihat Album Gambar Sambutan Israk Mikraj,
Sila klik ke Facebook.com/sknami

Read more...

Thursday, June 23, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Untuk makluman Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1Malaysia Seluruh Negara yang melibatkan semua warga JPN, PPD, Sekolah, PIBG, IPGM, Matrikulasi dan masyarakat setempat.

Larian Sekolah Kebangsaan Nami :-
Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : Bermula 7.00 pagi (flag off 7.45 pagi)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Nami

Sila layari laman sesawang Bahagian Sukan KPM untuk mendapat segala maklumat dan panduan pelaksanaan aktiviti larian tersebut di http://www.moe.gov.my/bsukan

Pelajar, Guru dan Ibu Bapa / penjaga dialu-alukan untuk menyertai program larian ini. Pelajar, Guru dan Ibu Bapa / penjaga boleh mendapatkan borang-borang penyertaan melalui laman sesawang ini. Sila klik untuk muat turun :-

a. Borang Penyertaan untuk Murid / Pelajar
b. Borang Penyertaan untuk Guru / Pensyarah
c. Borang Penyertaan untuk Ibubapa / PIBG
d. Borang Penyertaan untuk Bahagian ( Kementerian Pelajaran Malaysia )
e. Lain-lain/Individu
f. PANDUAN PELAKSANAAN


Semua penduduk setempat dijemput untuk turut serta

Read more...

Monday, June 20, 2011

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2011

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis 16 Jun 2011 yang lalu. Semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 terlibat dalam pertandingan ini. Secara keseluruhan Rumah Kuning mengungguli Pertandingan Merentas Desa kali ini dengan mengumpul mata paling tinggi.


Read more...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami telah diadakan pada tarikh keramat iaitu 16 Mei 2011. Pelbagai Aktiviti dijalankan sepanjang hari tersebut.

Acara Memotong Kek Hari Guru

Bacaan Ikrar Hari Guru

Acara Kerusi Muzik Kategori Guru Perempuan

Perlawanan Akhir Kerusi Muzik 2011 Kategori Guru Lelaki yang berlarutan hingga ke masa tambahan

Sebahagian dari Persembahan Murid

Jamuan Makan Sempena Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru
"Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP