Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Thursday, December 19, 2013

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
Pengurusan Maklumat Sekolah
Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
Pengurusan Pentadbir Sistem
Pengurusan Staf
Pengurusan Murid
Pengurusan Sistem Rumah
Pengurusan Jadual Waktu
Pengurusan Asrama
Pengurusan Kehadiran
Pengurusan Kedatangan Murid
Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
Pengurusan Buku Teks
Pengurusan Disiplin
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan Kandungan
Pengurusan Program Nilam
Pengurusan Peperiksaan
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Laporan
Pengurusan Utiliti
Pengurusan e-Cuti

Pautan :  Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Read more...

Thursday, November 14, 2013

Pencapaian UPSR 2013


Seramai 43 calon yang menduduki peperisaan UPSR 2013. Bagi peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
Peratus Lulus = 86% (Meningkat 8%)

BAHASA MELAYU (PENULISAN)
Peratus Lulus = 83.7% (Meningkat 17.7%)

BAHASA INGGERIS
Peratus Lulus = 25.6% (Menurun 8.4%)

MATEMATIK
Peratus Lulus = 81.4% (Meningkat 23.4%)

SAINS
Peratus Lulus = 79.1% (Meningkat 1.1%)

Peratus Keseluruhan : 23.3%
Gred Purata Sekolah : 2.93 

Read more...

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6 SK Nami 2013

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6 SK Nami 2013 telah diadakan pada 12 November 2013 lalu.






Read more...

Monday, November 11, 2013

Hari Anugerah Cemerlang SK Nami 2013

Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah kebangsaan Nami telah diadakan pada hari Ahad 10 November 2013. Perasmian Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mahawangsa Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid iaitu Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, merangkap Ahli Parlimen Padang Terap. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir bagi merasmikan Majlis Hari Anugerah 2013. Segala sokongan dan perhatian dari pihak Dato' amat diharapkan dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian Sekolah Kebangsaan Nami di masa akan datang. 
Adik Anisah bt Ali telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik 2013
Adik Nor Filzati bt Sapudin telah di anugerahkan sebagai Tokoh Kokurikulum

Read more...

Monday, October 21, 2013

PROGRAM 1MURID 1SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI 2013

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. 
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Nami telah menjalankan program 1murid 1sukan pada 10 Oktober 2013 yang lalu. Prorgam dimulankan dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai di dewan Sri Budiman SK Nami. 





Read more...

NORHISYAM BIN ABDULLAH

NAMA : NORHISYAM BIN ABDULLAH
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 1.10.2013

Pengalaman mengajar:
SK Bayan Lepas, P.Pinang
(14 feb 2005 hingga 30 sept 2013 ).

SK Nami, Padang Terap, Kedah
(1 Okt 2013 - Kini)


Read more...

Friday, October 11, 2013

Lawatan Kelab Kebajikan Guru SK Nami ke Hatyai Thailand

Kelab Kebajikan Guru dan Staff Sekolah Kebangsaan Nami telah mengadakan Lawatan ke Hatyai, Thailand pada 26, 27 dan 28 September lalu.

Read more...

Friday, September 27, 2013

Lawatan Sambil Belajar (Lost World Tambun & Night Safari)

Pada 23 September 2013 lalu, Sekolah Kebangsaan Nami telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar  ke Sekitar Kuala Kangsar, Lost World Tambun & Night Safari Taiping. Seramai 80 orang murid & 8 orang guru telah menyertai rombongan tersebut. 




Read more...

Tuesday, September 10, 2013

Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena UPSR 2013 SK Nami



 Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena UPSR 2013 SK Nami telah diadakan pada 7 September 2013 lalu. Seramai 45 orang calon UPSR 2013 berserta Guru, Ibubapa, PIBG dan juga murid-murid SK Nami turut serta dalam majlis tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada PIBG dan para waris kerana sudi hadir ke Majlis Baccan Yasin Perdana pada kali ini. Harapan pihak sekolah semoga calon tahun ini dapat mencipta sejarah baru sekolah dalam melonjakkan pencapain UPSR ke satu tahap yang membanggakan. InsyaAllah.




Read more...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012, Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012, Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap telah diadakan pada 5 September 2013 bertempat di Dewan Sri Budiman Sekolah Kebangsaan Nami. Pengarah Pendidikan Negeri, Yang Berbahagia En. Mansor bin Lat hadir sebagai tetamu utama pada majlis ini.

Read more...

Thursday, August 29, 2013

Sambutan Ambang Kemerderkaan ke 56 Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2013



Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke 56 Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami telah diadakan pada 29 Ogos 2013 bertempat di Dewan Sri Budiman SK Nami. Antara aktitivit dijalankan sepanjang sambutan tersebut ialah Persembahan Murid, Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik beramai ramai.

Guru Besar melaungkan MERDEKA bersama-sama murid & guru


TEMA Hari Kemerdekaan Malasia ke 56 tahun ini amat menarik dan ianya membawa maksud yang amat mendalam dan penuh bermakna. Sebagai rakyat Malaysia kita harus menyelami dan menghayati Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini. "MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" memang menarik sekali tema sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini kerana sejak kebelakangan ini rakyat amat begitu resah dengan kemelut yang melanda negara akibat terhakisnya perasaan hormat menghormati antara sesama sendiri.

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku kena pada masanya sebagai memberi peringatan dan iktibar bahawa tiada siapa yang akan mempertahankan maruah negara kecuali rakyat Malaysia sendiri. Jika diteliti tema tersebut ia membawa maksud untuk menyemai sifat perpaduan yang berpaksikan kepada ungkapan patriotik dan kesatuan negara bangsa.

Tanah Tumpahnya Darahku membawa maksud yang begitu dalam dan penuh bermakna. Sebab itu tema sambutan kali ini boleh dirangkumi kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara yang amat begitu kritikal untuk dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia.

Read more...

Mesyuarat Majlis Guru Besar (MGB Padang Terap) di SK Nami

Mesyuarat Majlis Guru Besar  Padang Terap (MGB) telah diadakan pada 28 Ogos 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Nami. Warga Sekolah Kebangsaan Nami mengalu-alukan kedatangan semua para Guru Besar Daerah Padang Terap, juga amat dialu-alukan bekas Guru Besar SK Nami iaitu En. Shohaimi bin Abu Bakar (GB SK Padang Sanai) & En Mohamad Khamaruddin bin Md Noor (GB SK Pedu).


Read more...

MOHAMAD HISSHAM BIN JAMALUDIN


NAMA : MOHAMAD HISSHAM BIN JAMALUDIN
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN :

Read more...

JULIANA BINTI KASIM


NAMA : JULIANA BINTI KASIM
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN :

Read more...

Tuesday, August 20, 2013

Sambutan Merdeka & Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2013

Sambutan Merdeka & Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah telah dijalankan dengan meriahnya pada 20 Ogos 2013 bersamaan 13 Syawal 1434 Hijriah. Pelbagai Juadah disediakan untuk diraikan bersama murid, guru & PIBG. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan tersebut adalah persembahan lagu raya, pertandingan mewarna Hari Raya dan jamuan pelbagai juadah istemewa.






Read more...

Saturday, August 3, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari :
Guru-guru & Staf serta Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Nami

Read more...

Thursday, August 1, 2013

Majlis Khatam Al-Quran 2013


Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah telah diadakan pada hari khamis 1 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadhan 1434H di Dewan Sri Budiman Sekolah Kebangsaan Nami.

Majlis ini bertujuan agar pelajar dapat pengiktirafan setelah berjaya menamatkan tadarrus Al-Quran sepanjang bulan ramadhan. Pada tahun ini semua pelajar terlibat dalam tadarus Al-quran, di mana ianya dijalankan setiap pagi di dewan perhimpunan Sri Budiman. Semua pelajar dapat menghayati keindahan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semua warga SK Nami juga berharap Sekolah kebangsaan Nami diberkati dan dirahmati Allah swt.

Read more...

Calon UPSR SK Nami 2013

Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh pasti kejayaan akan menjadi milik kita. Allah SWT akan menolong hamba-hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa kepada-Nya.



Tarikh peperiksaan UPSR ialah pada 10 , 11 & 12 September 2013. Untuk memuat turun Jadual Peperiksaan UPSR sila klik ke JADUAL PEPERIKSAAN UPSR

Read more...

Thursday, July 18, 2013

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR (Tahun 6) & Ujian Bulanan Kedua 2013 (Tahun 4 & 5)

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR (Tahun 6) & Ujian Bulanan Kedua 2013 (Tahun 4 & 5)


Read more...

Wednesday, July 3, 2013

Lawatan Jemaah Nazir ke Sekolah Kebangsaan Nami

Di keheningan pagi yang bertuah iaitu 1 Julai 2013, Sekolah Kebangsaan Nami telah menerima kunjungan daripada Pihak Jemaah Nazir. Seawal jam 8:00 pagi seramai lima orang jemah Nazir tiba dan disambut baik oleh Guru Besar dan guru-guru.


Read more...

Thursday, June 27, 2013

Kejohanan Balapan & Padang 2013



Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2013 telah selesai dijalankan pada 27 Jun 2013. Puan Kama Noriah Haji Ibrahim (ADUN Pedu) telah sudi hadir bagi menyempurnakan persmian Kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini.

Pada kejohanan kali ini Rumah Merah telah muncul sebagai Juara Keseluruhan, manakala Juara Tahun lepas Rumah Kuning menduduki tempat kedua. Bagi acara perbarisan rumah sukan, Rumah Hijau telah muncul Johan dalam acara perbarisan tersebut.

Ismail bin Yusub (Hijau) dari kelas tahun 6 Cerdik telah dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan Balapan dan Padang 2013 ini, manakala Nor Filzati bt Sapudin (Kuning) dari kelas 6 Cerdik dinobatkan sebagi Olahragawati.

Pelbagai aktiviti dijalankan iaitu Pesta Durian & Bubur Kacang, Sukaneka Waris dan Peraduan Teka Syiling. Peraduan Teka syiling ini adalah satu program bagi mengumpul sumbangan Dana Pendidikan PIBG SK Nami.Tahniah buat Guru besar SK Nami CIkgu Saad bin Jali kerana berjaya meneka syiling paling hampir dan membawa pulang sebuah basikal bernilai RM200.

Keputusan :
MARKAH KESELURUHAN
1. Rumah Merah (1500 mata)
2. Rumah Kuning (1430 mata)
3. Rumah Hijau (1330 Mata)
4. Rumah Biru (1060 Mata)

ACARA PERBARISAN
Johan : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Merah

OLAHRAGAWAN/WATI
1. Ismail bin Yusub (Rumah Hijau) - Olahragawan
2. Nur Filzati bt Sapudin (Rumah Kuning) - Olahragawati

Puan Kama Noriah Hj Ibrahim (ADUN Pedu) menyampaikan hadiah kepada pemenang. 


Kontijen Rumah Merah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Balapan & Padang 2013

Untuk melihat koleksi Gambar Kejohanan sila klik ke 
Facebook Sk Nami

Read more...

Lawatan Sambil Belajar (Pra Sekolah) ke Alor Setar

Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Nami telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Sekitar Bandaraya Alor Setar pada 16 Jun 2013 yang lalu. Seramai 70 orang murid pra sekolah & tahun 1, serta guru pengiring telah menyertai rombongan tersebut. 
Antara lokasi yang dilawati adalah Muzium Padi, Pusat Sains Wilayah Utara, Menara Alor Setar dan lawatan diakhiri denagn jamuan di KFC. 




Read more...

Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi

Seramai 42 orang murid & guru pengiring telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi pada 12 & 13 Jun 2013 yang lalu. Lawatan sambil belajar ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah (PSS) &  Unit Disiplin Pengawas Sekolah. 




Read more...

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013


Tema Sambutan Hari Guru tahun 2013 ialah Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda.

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013 (GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA)

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2013 telah dijalankan pada Khamis 16 Mei 2013 iaitu tarikh yang amat bermakna bagi setiap insan yang bergelar guru. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang majlis sambutan tersebut. Antaran aktiviti yang dijalankan adalah Majlis Bacaan Yasin, Bacaan Ikrar & nyanyian Lagu, Sesi Bergambar & Hadiah Hari Guru, Permainan Bola Sepak, Bola Baling & Sukaneka, Persembahan Murid, Sesi Cabutan Bertuah dan majlis diakhiri dengan Jamuan Hari Guru.
 
Majlis Sambutan Hari Guru 2013 dimulakan dengan Baccan Surah Yasin

Bacaan Ikrar & Nyanyian Lagu oleh para guru SK Nami

Sesi bergambar sempena Sambutan Hari Guru 2013

Permainan Bola Sepak

Permainan Bola Baling bagi guru-guru perempuan

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP