Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013


Tema Sambutan Hari Guru tahun 2013 ialah Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda.

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013 (GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA)

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2013 telah dijalankan pada Khamis 16 Mei 2013 iaitu tarikh yang amat bermakna bagi setiap insan yang bergelar guru. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang majlis sambutan tersebut. Antaran aktiviti yang dijalankan adalah Majlis Bacaan Yasin, Bacaan Ikrar & nyanyian Lagu, Sesi Bergambar & Hadiah Hari Guru, Permainan Bola Sepak, Bola Baling & Sukaneka, Persembahan Murid, Sesi Cabutan Bertuah dan majlis diakhiri dengan Jamuan Hari Guru.
 
Majlis Sambutan Hari Guru 2013 dimulakan dengan Baccan Surah Yasin

Bacaan Ikrar & Nyanyian Lagu oleh para guru SK Nami

Sesi bergambar sempena Sambutan Hari Guru 2013

Permainan Bola Sepak

Permainan Bola Baling bagi guru-guru perempuan

Read more...

Tuesday, May 14, 2013

Jadual Peperiksaan & Pentaksiran Pertengahan Tahun 2013

Peperiksaan & Pentaksiran Pertengahan Tahun 2013 Sekolah Kebangsaan Nami pada 20 - 23 Mei 2013




Read more...

Friday, May 10, 2013

Karnival Bola Baling 1Murid 1Sukan & Sukaneka Peringkat Sekolah 2013



Karnival ini dianjurkan bagi mencungkil bakat terpendam para murid dalam bidang sukan bola baling di samping menyokong dasar pendidikan negara yang menekankan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang sukan. Karnival ini juga adalah satu program berkonsepkan 1Murid 1 Sukan sepertimana yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tema Karnival Bola Baling 1Murid 1Sukan pada kali ini adalah ”SUKAN UNTUK SEMUA”. Karvival ini dilansungkan pada 2 Mei 2013 terbahagi kepada 2 kategori iaitu Lelaki & Perempuan. Sebanyak 5 Pasukan Lelaki & Enam Pasukan Perempuan telah menyertai karnival pada kali ini.


Pasukan rumah Hijau muncul sebagai Johan Bola Baling Kategori Lelaki setelah menewaskan pasukan Merah pada perlawanan Akhir. Pasukan Hijau menang dengan Jaringan Gol Emas pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan seri 3-3.
Manakala bagi ketegori Perempuan rumah Merah muncul Juara setelah menewaskan rumah Kuning pada perlawanan Akhir. Ismail bin Yusub (Hijau) & Anisah bt Ali (Merah) telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan bola baling pada kali ini. 


Bagi murid tahap 1, pertandingan sukaneka telah dijalankan. Pelbagai acara dijalankan untuk murid tahun 1, 2 & 3.




Read more...

Program Mentor Mentee UPSR 2013


Sekali lagi Program Mentor Mentee UPSR 2013 SK Nami  telah tetap dilaksanakan sepanjang tahun. Majlis penyerahan mentee oleh Guru Besar kepada mentor telah dilangsungkan di Dewan Sri Budiman SK Nami sempena dengan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee UPSR 2013. 


Majlis dimulakan pada waktu perhimpunan pukul 8:00 pagi. Dalam ucapan Tuan Guru Besar, beliau menegaskan Program Mentor Mentee lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik, akhlak dan sahsiah para mentee. Seramai 44 orang mentee yang terdiri daripada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dari segi Peratus Kelulusan dan Pencapaian 5A tahun ini. 

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP