Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Monday, October 10, 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016

TARIKH: 08 OKTOBER 2016 (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 12.00 T/HARI
TEMPAT: SK NAMI
PENGLIBATAN: SEMUA GURU, MURID DAN IBUBAPA (PIBG)




Acara dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Asma Hanim dan Cikgu Suhana.


Disusuli dengan Liga Bola Sepak Campuran antara murid-murid dan wakil ibubapa.


Di samping itu, turut dijalankan pada masa yang sama acara tarik tali bagi kategori perempuan gabungan murid dan para ibu.


Acara sukaneka turut berlansung sejurus selepas itu.

Acara kerusi muzik kategori ibubapa

Acara gelek gelung rotan

Sekitar jam 12.00 tengah hari, bermulalah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

GPK 1, Encik Ishak menyerahkan hadiah kepada ibubapa yang menang

YDP PIBG menyerahkan hadiah kepada murid-murid yang menang

Antara waris yang hadir memeriahkan suasana Hari Sukan Negara 2016

Tahniah diucapkan buat semua warga SK Nami yang telah menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga pada tahun hadapan kita akan berjumpa lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan gilang-gemilang. #harisukannegara2016

                                            Ikan bernama si ikan laga,
                                            Ikan dibeli si anak Sahlan,
                                            Makan dan minum hendaklah dijaga,
                                            Yang berkhasiat jadikan amalan.

                                            Benihnya mangga ingin ditanam,
                                            Boleh dimakan tiba masanya,
                                            Elakkan diri malas bersenam,
                                            Barulah hidup yakin sentiasa.
                                       


                                       



Read more...

Saturday, October 8, 2016

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2016

                                 TARIKH             : 22 SEPTEMBER 2016 (KHAMIS)
                                 MASA                : 8.30 PAGI - 12.30 T/HARI
                                 TEMPAT            : DEWAN TERBUKA, SK NAMI
                                 PENGLIBATAN  : SEMUA GURU, MURID DAN IBU BAPA


Aktiviti dimulakan dengan pertandingan basikal berhias bertemakan bulan kemerdekaan. Sebanyak lebih dari 40 penyertaan yang telah diterima dikalangan murid-murid dan hanya 35 orang pemenang sahaja yang akan dipilih. 


Antara basikal berhias yang menang.

Acara diteruskan dengan perarakan basikal berhias dan kenderaan bermotor yang lainnya ke Padang Kampung Nami.


Setibanya di sana, acara sukaneka menangkap ayam telah dijalankan.


Selepas perarakan pulang, acara di dalam dewan mula mengambil tempat.


Penceritaan Sejarah Asal Usul Nami


Forum Kemerdekaan oleh wakil murid


Pertandingan Pakaian Beragam


Tempat Pertama Pertandingan Kelas Tercantik Bertemakan Kemerdekaan
Kelas 2 Cerdik


Video Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan


PIBG gotong-royong Menyediakan Menu Juadah Merdeka
Ubi Rebus dan Kelapa Parut

Terbang silisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain tahun berjumpa lagi.

Read more...

PENYELARAS ICT SK NAMI 2016


PUAN SUHANA BINTI HASHIM
BERKUATKUASA APRIL 2016

Read more...


AHMAD MUSLIM BIN MAHMOOD
GURU BESAR SK NAMI

          Dilahirkan pada tanggal 5 Disember 1969, anak jati Kedah ini yang berasal dari Kampung Rambai, Pendang telah mendapat pendidikan awal di SK Kampung Rambai dan kemudiannya berpindah ke SK Haji Idris, Alor Setar. Setelah tamat pendidikan rendah, beliau telah melanjutkan pelajaran di SMK Tajar dari tingkatan 1 hingga tamat tingkatan 5. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Dato Syed Omar pada tahun 1988.

          Kerana minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan, beliau telah mengambil Sijil Asas Perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1990-1992) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Darul Aman (2011-2015).

          Berpengalaman hampir 24 tahun dalam bidang pendidikan, beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada awalnya di SK Limau Kasturi, Kelantan pada tahun 1992 hinggalah 1996. Setelah berkahwin, beliau kemudiannya berpindah ke SK Paya Rawa, Pendang sekitar tahun 1997 hinggalah pertengahan tahun 2000. Pada bulan Jun 2000 pula, beliau telah memulakan khidmat baktinya di SK Sungai Tiang, Pendang sehinggalah bulan Oktober 2010. Kemudian, beliau telah berkhidmat di SK Lubuk Merbau sehinggalah tanggal 15 Ogos 2016. Setelah itu, beliau telah ditawarkan bagi mengisi kekosongan tempat Guru Besar di SK Nami yang telah ditinggalkan oleh Cikgu Saad Bin Jali pada bulan April yang lalu kerana berpindah ke Kulim.

                    Sungguh riang anak Palembang,
                    Mengayuh sampan sambil berdendang,
                    Syair disebut nada terbilang,
                    Selamat datang Tuan, kami ucapkan.

Read more...

Saturday, April 2, 2016

Kejohanan Boling Tenpin MSSD Padang Terap 2016 - SK Nami berjaya merangkul 1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa

Pasukan Boling SK Nami berjaya memperolehi 1 Pingat Emas, 1 Perak & 1 Gangsa pada Kejohanan Boling Tenpin MSSD Padang Terap 2016 Bawah 12 Tahun. Kejohanan Boling Tenpin MSSD 2016 kali ini diadakan pada 30 Mac 2016 bertempat di Aman Central Alor Setar, Kedah.

Nur Ain Syazwani bt Sharem telah muncul Johan bagi Kategori Individu Bawah 12 Tahun Perempuan

Nur Ain Syazwani dan Nurul Izzati bt Idris muncul Naib Johan bagi kategori Double Bawah 12 Tahun Perempuan

Muhammad Hashrol Naim pula mendapat tempat Ketiga bagi kategori Individu Bawah 12 Lelaki

Read more...

Friday, March 25, 2016

Admin Blog SK Nami berpindah sekolah.


Admin Blog SK Nami, Cikgu Mohamed Faisal bin Abdullah telah berpindah sekolah dan akan bertugas di Sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Pada 24 Mac 2016 adalah hari terakir beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Nami sebelum memulakan tugas baru sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikilum di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Mula bertugas di SK Nami pada Januari 2009 lalu, dan menabur bakti di SK Nami selama 7 Tahun 3 Bulan.


Ucapan Buat Seluruh Warga SK Nami

Sekalung Penghargaan dan terima kasih buat semua sahabat dan seluruh Warga SK Nami atas jasa baik, sokongan dan kerjasama sepanjang bertugas di SK Nami. Semoga Allah membalas jasa baik sahabat-sahabat semua. dan terima kasih lagi sekali kerana sudi menjadi sahabat saya untuk abdikan kenangan indah dalam lipatan diari kamus kehidupan saya.

Kata Al-Ghazali :  yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI,  yang besar itu NAFSU,  yang berat itu AMANAH,  yang mudah itu BERBUAT DOSA,  yang panjang itu AMAL SOLEH,  yang indah itu SALING MEMAAFKAN,.... Saya dengan ini mohon maaf seandai saya melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang bertugas di SK Nami.

Ikhlas Daripada : Mohamed Faisal bin Haji Abdullah

Read more...

Sunday, March 13, 2016

Kejadian Gerhana Matahari (9 Mac 2016)

Kejadian Gerhana Matahari berlaku pada hari Rabu 9 Mac 2016, sekitar jam 8.30 pagi. Semua guru & murid berpeluang melihat kejadian tersebut dan bersama-sama menunaikan solat sunat gerhana & solat sunat dhuha secara berjemaah.




Read more...

Pelancaran Bulan PPDa SK Nami 2016

Pelancaran Bulan PPDa Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2016 telah disempurnakan oleh En Khairuddin (Pegawai PPDa PPD Padang Terap) pada 7 Mac 2016 (Isnin).



Read more...

Tuesday, February 23, 2016

le tour de langkawi 2016 - peringkat pertama melalui jalan hadapan SK Nami menuju ke Baling


Edisi ke-21 Le Tour de Langkawai (LTdL) tahun ini akan menyaksikan wakil setiap benua menyertai perlumbaan yang melalui beberapa kawasan menarik seperti Kedah, Pulau Pinang, Cameron Highlands, Kuala Lumpur dan berakhir di Melaka. 

Malah perlumbaan dari 24 Februari hingga 2 Mac itu turut menarik minat pasukan World Tour termasuk penampilan semula skuad Astana, Tinkoff dan Dimension Data.


Peringkat pertama le tour de Langkawi 2016 ini melalui pekan Kuala Nerang dan melintasi hadapan SK Nami pada 24 Februari 2016 (Rabu). Peringkat pertama ini sejauh 165.5 km bermula di Kangar dan berakhir di Baling. Sekolah Kebangsaan Nami antara laluan untuk peringkat pertama le tour de langkawi 2016.


Bermula di Kangar - Jitra - Perik - Jalan Semeliang - Pekan Kuala Nerang - Bulatan Padang Kerasak - Pekan Naka - Hadapan SK Nami - Gulau - Tasik Beris - Berakhir di Pekan Baling.




Read more...

Sunday, February 21, 2016

Program YAKED bersama PIBG SK Nami


Program YAKED (Yayasan Kebajikan Darul Aman) bersama PIBG SK Nami telah diadakan pada 21 Februari 2016 jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini dirasmikan oleh Datin Seri Noraini bt Abdullah (AJK BAKTI). Program ini dianjur oleh YAKED (Yayasan Kebajikan Darul Aman) dengan kerjasama PIBG dan SK Nami. 

Turut hadir bersama program ini adalah YB Kama Noriah bt Ibrahim (ADUN) Pedu, Timbalan PPD En. Ahmad bin Lateh, Tn Haji Kamel bin Munin (Setiausaha Politik Menteri Pendidikan), En Ruslan (ALP YAKED), serta Penceramah PU Amir Muhammad Shariff (Pencetus Ummah Musim ke 2)

Pihak Sekolah Kebangsaan Nami dan PIBG SK Nami merakamkan ucapan terima kasih buat Datin Seri Noraini bt Abdullah dan YAKED kerana sudi hadir ke bumi SK Nami menganjurkan program bersama seluruh warga masyarakat di Nami. Terima kasih juga kepada penyumbang yang bermurah hati dan semua pihak yang turut membantu dalam menjayakan program ini.


Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini, antaranya :-
* Pemeriksaan Kesihatan Percuma
* Ceramah Cegah HIV
* Ceramah Anak Cemerlang
* Ceramah Motivasi oleh PU Amir
* Majlis Penyampaian Sumbangan & Majlis Penutup bersama Datin Seri Noraini bt Abdullah
* Jamuan Rakyat









Untuk melihat koleksi gambar program, sila layari Facebook SK Nami

Read more...

Thursday, February 18, 2016

Kejohanan Balapan dan Padang SK Nami 2016


Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Nami 2016 telah dijayakan pada 18 Februari 2016 (Khamis). Perasmian kejohanan Balapan & Padang pada kali ini disempurnakan oleh Mad Ali bin Ismail (YDP PIBG SK Nami).

Rumah Temenggung (Biru) telah muncul Johan Keseluruhan pada tahun ini dengan mengumpul 1710 Mata, manakala Rumah Laksamana (Merah) muncul Naib Johan (1370 mata), Rumah Syahbandar (Kuning) tempat Ketiga (910 mata) dan Rumah Bendahara (Hijau) menduduki tempat ke-4 (650 mata).







Olahragawan 2016 : Muhammad Hashrol Naim (Temenggung)
Olahragawati 2016 : Nur Ain Shazwani (Laksamana)


Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP