Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Sunday, January 31, 2016

Kejohanan Ping Pong MSSD Padang Terap 2016 - SK Nami mendapat tempat ketiga Berpasukan Perempuan B12


Pasukan Ping Pong berpasukan perempan bawah 12 Tahun SK Nami telah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam Kejohanan Ping Pong MSSD Padang Terap 2016.



Read more...

Wednesday, January 20, 2016

Kejohanan Merentas Desa SK Nami 2016

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2016 telah dijayakan pada 20 Januari 2016 (Rabu). Mohd. Zuhul Zaimi (Rumah Hijau) dari tahun 6 Cerdik telah muncul Juara bagi kategori Lelaki Tahap 2, manakala Nor Aina Fadilah (Rumah Biru) dari tahun 5 Cerdik telah muncul Juara bagi kategori Perempuan Tahap 2.



Keputusan Ketegori Lelaki
1. Mohd Zuhulzaimi (6C) - Hijau
2. Kamarul Irfan (6B) - Merah
3. Mohd. Alif (6B) - Merah
4. Mohd. Hakimi b. Johari (6C) -  Biru
5. Mohd Fuad (5C) - Kuning
6. Izal Azmi (6B) - Merah
7. Ibnu Sina (4C) - Merah
8. Muhd Hakim (6B) - Merah
9. Saiful Hakim (4B) - Merah
10. Mohd. Hasrul Naim (6C) - Biru


Keputusan Ketegori Perempuan
1. NorAina Fadilah (5C) - Biru
2. Nor Aina Farisha (4C) - Kuning
3. Ain Shazwani (6B) - Merah
4. Indriyana Khatijah (4C) - Hijau
5. Nurul Izati (6B) - Biru
6. Yasirah (5C) - Merah
7. Siti Nur Wahidah (6C) - Biru
8. Nur Alia Natasha (6B) - Kuning
9. Nur Hidayati (5C) - Biru
10. Nur Aliya Natasha (5C) - Merah

Read more...

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas sekolah, Pengawas PSS & Pengawas ICT 2016

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS & Pengawas ICT Sekolah Kebangsaan Nami 2016, talah diadakan pada 19 Januari 2016 (Selasa) lalu.

 


Read more...

AHMAD SAFIRUL BIN ABDUL RAHMAN



NAMA : AHMAD SAFIRUL BIN ABDUL RAHMAN
JAWATAN : PEMBANTU AM RENDAH (N1)

Read more...

Friday, November 20, 2015

Pencapaian UPSR 2015 : SK Nami berjaya mengekalkan Kecemerlangan UPSR lalu


Sekolah Kebangsaan Nami berjaya mengekalkan Pencapain Cemerlang UPSR 2014. Keputusan UPSR Tahun 2015 ini Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat (Beza -0.15) & 3 Orang Murid mencapai keputusan cemerlang 5A.

Keputusan Pencapaian UPSR 2015 SK Nami ;-
a) Gred Purata Sekolah (GPS) : 1.89 (Meningkat : Beza -0.15)
b) Peratus Lulus Keseluruhan : 89.74% (Menurun 0.26%)
c) Bilangan 5A : 3 Orang Murid

Bagi pencapaian & peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
Peratus Lulus = 100% (Meningkat 2.5%)
Bilangan A = 25 orang
Bilangan B = 7 orang
Bilangan C = 7 orang

BAHASA MELAYU (PENULISAN)
Peratus Lulus = 92.3% (Menurun 2.7%)
Bilangan A = 17 orang
Bilangan B = 11 orang
Bilangan C = 8 orang

BAHASA INGGERIS
Peratus Lulus = 100% (Meningkat 5%)
Bilangan A = 5 orang,
Bilangan B = 30 orang
Bilangan C = 4 orang

MATEMATIK
Peratus Lulus = 100% (Meningkat 5%)
Bilangan A = 13 orang
Bilangan B = 18 orang
Bilangan C = 8 orang

SAINS
Peratus Lulus = 94.9% (Menurun 2.6%)
Bilangan A = 6 orang
Bilangan B = 26 orang
Bilangan C = 5 orang

Senarai Pelajar 5A :
1. Nurul Nazihah bt Adnan
2. Siti Fatimah bt Abdullah
3. Nurayafina Nazwa bt Mohd. Napi

Senarai Pelajar 4A 1B :
1. Nabila Shahira bt Adnan
2. Nur Syafiqa bt Mohamad Shukri

Read more...

Monday, November 2, 2015

Peperiksaan Akhir Tahun 2015

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun SK Nami 2015



Read more...

Lawatan Tahun 6 Ke Cameron Highland

Lawatan Tahun 6 Ke Cameron Highland pada 28 & 29 Oktober 2015 (Rabu & Khamis).




Read more...

Wednesday, October 14, 2015

Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Peringkat Negeri Kedah 2015 (PSKPPK)

 

Pesta PSKPP Negeri Kedah Darul Aman adalah satu hari perhimpunan warga pendidikan seluruh Negeri Kedah yang melibatkan penyertaan seluruh warga pendidikan dari setiap daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Pesta tahunan ini memberi tumpuan kepada acara sukan dan kebudayaan bagi mencungkil calon-calon dari warga pendidikan yang berkebolehan dan berpotensi tinggi bagi mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Pesta ini juga diharap dapat memupuk rasa persaudaraan dan menanamkan semangat juang yang tinggi di kalangan warga pendidikan.

Pada tahun ini Daerah Padang Terap telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menjayakan Pesta Sukan dan Kebudayaan Peringkat Negeri Kedah (PSKPPK) 2015. Pesta sukan ini berlansung pada 22 hingga 24 Oktober 2015 di sekitar Daerah Padang Terap mengikut venue pertandingan acara masing-masing. SK Nami juga diberikan tanggungjawab bagi menyediakan Teks Ucapan Pengarah Pendidikan & Pegawai PPD Padang Terap serta Menyediakan Buku Program Kejohanan PSKPP 2015.

2. MATLAMAT
2.1 Memberi kesedaran kepada seluruh warga pendidikan betapa pentingnya semangat kekitaan, berdaya saing dan kemantapan aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam kehidupan seharian.
2.2 Mencungkil dan mengenengahkan bakat-bakat yang ada pada warga
pendidikan dalam bidang sukan dan kebudayaan bagi mewujudkan kakitangan pendidikan yang sihat, cergas dan cerdas.
2.3 Sebagai satu hari perhimpunan warga PSKPP Kedah bagi mengeratkan hubungan warga pendidikan dari seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

3. OBJEKTIF
3.1 Melaksanakan aktiviti berbentuk riadah di kalangan ahli-ahli PSKPP Negeri Kedah.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli dalam bentuk satu perhimpunan persaudaraan.
3.3 Melahirkan ahli-ahli yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili negeri
ke pertandingan peringkat kebangsaaan.
3.4 Mewujudkan semangat kekitaaan dalam pasukan negeri.
3.5 Merealisasikan slogan “Kita Boleh’ di kalangan ahli.

Jenis Permainan yang dipertandingkan pada PSKPPK Padang Terap 2015

Pihak Sekolah mengharapkan Kontijen Daerah Padang Terap dapat bersaingan seterusnya berjaya menjuarai pertandingan pada tahun ini. Semoga Pesta PSKPPK 2015 ini dapat dijayakan dengan sebaiknya. InsyaAllah

Buku Program PSKPPK 2015


Read more...

Saturday, October 10, 2015

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015


Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015 telah diadakan seawal jam 7.45 pagi pada 10 Oktober 2015 (Sabtu). Acara dimulakan dengan perasmian oleh Tuan Guru Besar SK Nami iaitu En. Saad bin Jali seterusnya Senamrobik yang melibatkan semua Murid, Guru dan Ibubapa. Selain Itu pelbagai acara dijalankan sepanjang Hari Sukan Negara iaitu :-
- Acara Sukaneka Murid (Tahun 1 - Tahun 6)
- Acara Tarik Tali Murid (L&P)
- Acara Kerusi Muzik (Guru & Ibubapa)
- Acara Sepak Raga Bulat (Guru & Bapa)
- Acara Memancing Ikan





 




Pihak Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibubapa & waris serta masyarakat setempat yang turut hadir memberi sokongan dan sumbangan bagi memeriahkan Program Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015.

Takkan tengok je? Come on take a shot!

#HariSukanNegara

Read more...

Wednesday, September 23, 2015

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015. #SehatiSejiwa


Majis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015 telah diadakan pada 15 September 2015 (selasa). Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan mewarna dan melukis poster, kovoi berbasikal jalur gemilang dan basikal berhias.

 
 



Read more...

UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI
SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI. Adalah sebuah sekolah yang terletak di Kawasan Luar Bandar dalam Daerah Padang Terap, Kedah. SK Nami mempunyai bilangan murid sekitar 300 orang.
View my complete profile
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

WEB EDITOR

WEB EDITOR
Mohamed Faisal bin Haji Abdullah

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP