Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Friday, June 17, 2011

Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 MSSD Padang Terap

Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Padang Terap telah dijalankan pada 31 Mac 2011 yang lalu bertempat di Padang SK Lamdin & Padang SK Naka. Pasukan Bola Sepak SK Nami berjaya menjadi Naib Johan Kumpulan seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Pada peringkat kumpulan SK Nami memperolehi 8 Mata hasil dari 2 kemenangan dan seri 2 perlawanan.

Keputusan Peringkat Kumpulan;
SK Nami (3) lwn SK Padang Sanai (0)
SK Nami (2) lwn SK Datin Fatimah (0)
SK Nami (0) lwn SK Panglima Awang (0)
SK Nami (1) lwn SK Kuala Nerang (1)

Pada peringkat Suku Akhir SK Nami tewas kepada SK Naka dengan 6 gol tanpa balas. Pada perlawanan ini agak malang kerana penjaga gol utama mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar pada babak pertama permainan. Pencapaian ke Peringkat Suku Akhir pada tahun ini adalah antara pencapaian terbaik Pasukan Bola Sepak SK Nami. Salah seorang pemain SK Nami juga telah terpilih mewakili Daerah Padang Terap ke peringkat Negeri iaitu Shazril Aimal dari tahun 6 Cerdik. Pasukan Bola Sepak ini dibimbing oleh Cikgu Mohamed Faisal dan Cikgu Abdul Manaf selaku Jurulatih dan Ustaz Wan Roslan selaku Pengurus Pasukan.

0 comments:

UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP