Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Monday, November 19, 2012

Pencapaian UPSR 2012

Seramai 50 calon menduduki Peperiksaan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami bagi tahun 2012. Peratus Keseluruhan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 2012 ialah 32% iaitu meningkat sebanyak 1.6% berbanding tahun 2011 iaitu 30.4%. Agak malang juga tahun ini kerana tiada murid yang memperolehi pencapaian 5A, hanya seorang murid mendapat keputusan 4A, 1B iaitu ain Najda binti Mat Sukeri.


Bagi peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
Peratus Lulus = 78% (Meningkat 4.1%)

BAHASA MELAYU (PENULISAN)
Peratus Lulus = 66% (Meningkat 5.1%)

BAHASA INGGERIS
Peratus Lulus = 34% (Menurun 30.4%)

MATEMATIK
Peratus Lulus = 58% (Meningkat 12.3%)

SAINS
Peratus Lulus = 78% (Menurun 6.4%)

Read more...

Hari Keluarga SK Nami 2012

Hari Keluarga SK Nami 2012

Read more...

Tuesday, November 6, 2012

Coretan Khas buat Guru-guru SK Nami

Murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Nami 2012


Coretan khas buat Guru-guru SK Nami  

Assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang berusaha Tuan Guru Besar, En. Mohamad Khamaruddin, barisan penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengadakan majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6  Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 2012.

Seterusnya, kami Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Nami 2012  ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah mendidik kami. Sebahagiannya bermula dari peringkat Pra Sekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam, daripada kami tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki.

Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan sepanjang kami belajar di Sekolah Kebangsaan Nami. Selain itu, antara kami adalah pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan Pengawas ICT 2012, kami juga memohon maaf, sekiranya kami tidak dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sebagaimana yang diharapkan.

Akhir kata, sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang sudah tidak bersama-sama kita lagi, sama ada yang tidak dapat hadir atau telah berpindah, katakanlah bahawa jasa dan bakti mereka, dan guru-guru yang ada di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala pengorbanan guru-guru itu.
Sekian.


Ikhlas Dari :-
Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Nami 2012

Read more...

Perkhemahan Unit beruniform 2012


Pada 1 , 2 & 3 November 2012 lalu Sekolah Kebangsaan Nami telah menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform 2012. Hampir keseluruhan murid tahap 2 menyertai perkhemahan kali ini. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan ini, antaranya Merentas Hutan, Aktiviti Ikatan dan Simpulan, Pertolongan Cemas, pertandingan Kawad Kaki, Malam Kebudayaan, Pertandingan Memasak dan sebagainya,. Majlis penutup perkhemahan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu Mohammad Khamaruddin bin Md. Noor.

Keputusan Pertandingan :
1. Pertandingan Kawad kaki
Johan : TKRS
Naib Johan : Pengakap

2. Pertandingan Malam kebudayaan
Johan : Pengakap
Naib Johan : PBSM

3. Pertandingan Seni Perkhemahan 
Johan : Pengakap
Naib Johan : TKRS

4. Pertandingan Memasak
Johan : Pengakap
Naib Johan : TKRS

Peserta Terbaik : Nabila Rozi (Tahun 6)

Keputusan Keseluruhan
Johan : Pengakap
Naib Johan : TKRS
Ketiga : PBSM

Pertandingan Kawad Kaki

Pertandingan Memasak

Read more...

Saturday, November 3, 2012

Majlis Ibadah Korban Peringkat Sekolah 2012


Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah telah mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Ibadah Korban peringkat sekolah dengan menyembelih seekor lembu yang disumbangkan oleh beberapa orang guru sekolah.

Program diadakan pada Hari Raya ke 4 Aidiladha dan disertai oleh para guru dan pentdabir serta beberapa ajk PIBG, dan juga pekerja kebersihan sekolah.

Kerja-kerja melapah, membungkus, dan mengagihkan daging kepada peserta dijalankan sejurus kemudian. Sebahagian daging dimasak sebagai jaudah makan tengahari untuk murid-murid & guru serta petugas. Selesai majlis, sebahagian daging diagihkan kepada penduduk setempat.




Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)


Read more...

Wednesday, October 31, 2012

Pengemaskinian Profail Data Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Secara Atas Talian


Merujuk kepada surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, No. Rujukan: KP(BPSH-PKICT)103/020/11(30), bertarikh: 30 Januari 2012.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina Aplikasi Pangkalan Data Murid yang mengambil kira profail murid dan penjaga. Pelaksanaan Pangkalan Data Murid ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pangkalan data utama bagi data murid yang boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dipohon mengambil tindakan segera untuk melaksanakan pengemaskinian data ini serta merta dan ianya hendaklah dibuat secara berterusan supaya data yang ada sentiasa dikemaskini. Pihak sekolah diminta memastikan data murid diisi dengan maklumat yang tepat bagi memastikan pendaftaran murid SAPS 2012 nanti tidak mendatangkan sebarang masalah. Semua data murid ini perlu dikemaskini selewat-lewatnya pada 24 Februari 2012. 

Sila layari laman web  https://apdm.moe.gov.my/ untuk kemaskini data, mendapatkan manual penggunaan serta dokumen berkaitan pengemaskinian.

Read more...

AHMAD RADZUAN BIN RAMALY


NAMA : AHMAD RADZUAN BIN RAMALY
JAWATAN : GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 23 OKTOBER 2012

Read more...

Saturday, October 20, 2012

Program RIMUP Daerah Padang Terap 2012



Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan  (RIMUP) merupakan  satu  program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya,  dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan sebab  ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas..

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.

Seiring itu juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu  tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai  dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan di peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah. Dengan usaha begini dapat meningkatkan pembinaan Negara Bangsa, bangsa Malaysia bersatupadu hidup dalam hidup dalam suasana harmoni aman dan damai menuju Negara maju.


Sehubungan itu Program RIMUP peringkat Daerah Padang Terap 2012 telah diadakan pada 20 Oktober 2012 bertempat di Sekolah Kebangsaan Nami. Program bermula jam 8.30 pagi disertai oleh 4 buah sekolah rendah iaitu SK Nami, SK Naka, SK Lubuk Merbau & SK Lamdin. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut antaranya Pertandingan Melukis & Mewarna serta Pertandingan Sukaneka. Program RIMUP peringkat Daerah Padang Terap 2012 ini dirasmikan oleh En. Azahari Ibrahim, Pegawai Ko-Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap.



Read more...

Tuesday, October 9, 2012

Panduan mengisi Data HRMIS

Panduan mengisi Data HRMIS
(Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia)


Data ini perlu diisi sendiri oleh setiap guru. Segala maklumat berkaitan Data Peribadi, Ahli Keluarga, Sejarah Perkhidmatan, Pendidikan dan sebagainya perlu di isi secara lengkap oleh setiap individu. Data Hrmis adalah data online bagi memudah penjawat awam dalam beberapa urusan. Hrmis One ini memudahkan Penjawat Awam untuk mendapatkan GL bagi urusan hospital di mana kita tidak perlu membawa GL dari pihak sekolah/majikan. Penjawat Awam boleh terus mencetak secara online di hospital berkenaan sekiranya Maklumat Diri Anda telah anda kemaskini.

Sila klik ke http://hrmisone.eghrmis.gov.mySila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan seperti dimaklumkan oleh Pihak Pentadbir/Guru Data @ Majikan Anda. 
Selepas Log In, anda perlu menukar Kata Laluan (Kata laluan terdiri dari Abjad dan Nombor, Contohnya ADAM1234).

* Bagi Aplikasi HRMIS sila gunakan Internet Explorer sahaja

 Sila klik pada "Pengurusan Rekod Peribadi"


Klik pada "Rekod Peribadi"


Klik pada "Kemaskini Rekod Peribadi"


Klik pada maklumat di atas bagi memasukkan maklumat berkaitan

* Klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar.

Read more...

Aktiviti Pengisian Selepas UPSR 2012

Peperiksaan UPSR 2012 telah berlalu pada 11, 12 dan 13 September 2012. Pelbagai aktiviti dirancang bagi murid-murid tahun 6 bagi mengisi aktiviti lepas UPSR. Antara program-program yang telah di jalankan adalah Lawatan Sambil Belajar ke Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14, 16 dan 16 September 2012 yang lalu. 
Selain itu pertandingan luaran juga dijalankan iaitu Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling (Kategori Lelaki & Perempuan).


Dua pasukan finalis Liga Bola Sepak UPSR 2012, iaitu Pasukan Manchester United yang diketuai oleh cikgu Norhan & Pasukan Real Madrid yang diketuai oleh Cikgu Manaf.


Read more...

Sunday, September 30, 2012

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Pra Sekolah 2012




Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah 2012 Sekolah Kebangsaan Nami telah diadakan pada Rabu, 26 September 2012 lalu. Majlis bermula pukul 2:00 petang ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap iaitu Tuan Haji Mohktar bin Hashim, BCK. Sekalung pernghargaan dari pihak sekolah & PIBG SK Nami buat Tuan PPD kerana sudi hadir merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah pada tahun ini.  Pihak Sekolah juga mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya memperolehi pencapain cemerlang pada tahun ini, semoga Sekolah Kebangsaan Nami akan terus cemerlang.

Senarai nama penerima Anugerah Khas 2012
1. Tokoh Ko-kurikulum 2012
Bahrani binti Yusof (Tahun 6 Cerdik)

2. Tokoh Akademik 2012
Ain Najda binti Mat Sukeri (6 Cerdik)

3. Tokoh Murid 2012
Bahrani binti Yusof (Tahun 6 Cerdik)




Read more...

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka, Kuala Lumpur & Putrajaya


Pada 14, 15 & 16 September 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Nami telah mengadakan lawatan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.. Dua buah bas membawa murid, guru dan ibubapa telah bertolak pada awal pagi Jumaat (14 September 2012).



Read more...

Wednesday, August 29, 2012

Sambutan Merdeka Aidilfitri 2012


Majlis Sambutan Merdeka Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Nami telah diadakan pada 29 Ogos 2012. Majlis bermula jam 11.00 pagi dimulai dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Nami iaitu En Mohamad Khamaruddin bin Md. Noor. Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang majlis ini, antaranya pertandingan mewarna, deklamasi sajak Kemerdekaan oleh murid tahun 6, persembahan nyanyian lagu raya dan lagu-lagu patriotik oleh murid-murid sekolah. Pelbagai juadah istimewa disediakan oleh pihak sekolah untuk disajikan dan diraikan bersama murid, PIBG dan guru-guru sekolah. Turut hadir memeriahkan lagi majlis ini ialah mantan guru besar SK Nami iaitu En Shohaimi bin Abu Bakar.


Muhd. Danial & Intan Zuraidah dari Tahun 6 sedang mendeklamasi sajak kemerdekaan 

Persembahan lagu raya oleh murid tahun 5 Cerdik

Pertandingan mewarna kemerdekaan

Untuk melihat koleksi Gambar Sambutan Merdeka Aidilfitri sila klik ke
ALBUM MERDEKA AIDILFITRI

Read more...

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Jambangan indah lagi Berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Kad Di "upload" pengganti diri.
Tanda ingatan tak lupa dihati,

Ramadhan hampir kita tinggalkan, kini bakal menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dengan rasa bahagia. Di kesempatan ini diucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir dan Batin 
dari Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Nami

Read more...

Majlis Khatam Al-Quran




Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2012 bersamaan 1433 Hijrah telah diadakan pada 15 Ogos 2012 di Dewan Sri Budiman Sekolah Kebangsaan Nami.

Majlis ini bertujuan agar pelajar dapat pengiktirafan setelah berjaya menamatkan tadarrus Al-Quran sepanjang bulan ramadhan. Pelajar dapat menghayati keindahan bulan Ramadhan Al-Mubarak  . Semua warga SK Nami juga berharap mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah swt sempena khatam Al-Quran ini.

Read more...

Monday, August 6, 2012

Panduan Mengisi SSQS


Panduan Ringkas Mengisi Borang Data Asas Petunjuk Prestasi Utama

Langkah 1 : 
Sila buka Laman Sesawang SSQS (http://ssqs.moe.edu.my)
Masukan Kod Organisasi : KBA7007R
Masukkan kata laluan : 123


Langkah 2 : 
Sila pilih responden iaitu klik pada Subjek masing-masing yang telah ditetapkan

Langkah 3 : 
Masukkan Tag dan klik pada button “Teruskan”.

* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar
Langkah 4 :
Selamat Menjawab dengan penuh ketelusan dan kesabaran.

(Tarikh Tutup : 17 Ogos 2012)



Read more...

MOHAMAD KHAMARUDDIN BIN MD NOOR


NAMA : MOHAMAD KHAMARUDDIN BIN MD NOOR
JAWATAN : GURU BESAR
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 1 Ogos 2012

Read more...

Wednesday, August 1, 2012

Majlis Perpisahan Guru Besar SK. Nami.



SK Nami sekali lagi mencipta sejarah pada pagi yang hening ini.Seluruh warga Sk. Nami tiba-tiba dikejutkan dengan berita perpisahan dengan seorang individu yang amat dihormati lagi disanjungi  iaitu En. Shohaimi bin Abu Bakar Guru Besar yang akan bertukar untuk memulakan tugas di SK Padang Sanai.

Seawal jam 7.45 pagi murid-murid berkumpul di dewan SK Nami bagi meraikan majlis perpisahan  dengan guru besar yang amat dikasihi.Pelbagai acara diatur bagi meraikan perpisahan ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Nordin diikuti bacaan seloka, persembahan murid Tahun 4C, ucapan wakil murid iaitu Siti Khalijah Bt. Abd Mutalib, diikuti Ucapan En Ishak Ismail GPK 1 mewakili warga guru, deklamasi sajak, tayangan slide oleh cikgu Zakir dan di kemuncakan dengan ucapan dari En Shohaimi bin Abu Bakar sendiri lalu disusuli dengan  penerimaan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Staff SK Nami, serta cenderamata daripada murid mengikut kelas. Saat yang paling mengharukan tiba di mana murid-murid berbaris untuk bersalam dan lambaian terakhir diiringi alunan lagu “ Bertemu dan Berpisah” dan lagu “Jangan Tinggal Daku”.

En Shohaimi bukanlah indivudu yang asing dengan Sk Nami. Beliau pernah bertugas sebagai guru biasa dari 1992 hingga 1998 selama 8 tahun iaitu di ketika awal kariernya sebagai pendidik. Justeru, tidak hairanlah jika beliau dianggap merupakan seorang yang cukup prihatin dan benar-benar memahami budaya sebenar SK Nami. Atas kecemerlangan semasa berkhidmat di SK Nami beliau telah diminta untuk bertugas sebagai Penyelia ICT di Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap.Banyak sekali sumbangan beliau semasa di PPD terutamaya yang membabitkan hal yang berkaitan ICT. Pada bulan 11 2011 beliau  dinaikkan pangkat sebagai guru besar. Tanpa diduga sekali lagi SK Nami menjadi tempat persinggahan pertamanya sebagai guru besar. Hari ini dengan perasaan yang amat berat beliau sekali lagi terpaksa berpisah dengan sekolah yang  pasti menjadi sekolah yang amat bermakna dalam karernya sebagai pendidik;

SELAMAT BERPISAH DAN SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU DARI KAMI WARGA SK NAMI.HANYA TITISAN AIR MATA DAN IRINGAN DOA YANG MAMPU KAMI KIRIMKAN MOGA MENJADI NOSTALGIA INDAH KETIKA BERSAMA DI TERATAK KECIL BERNAMA SK NAMI.. SELAMAT BERTUGAS . 

Laporan oleh :
Cikgu Manaf Abdullah

Read more...

Guru SK Nami 2012




Read more...

Pelancaran dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah



Majlis Pelancaran dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 55 Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami Telah di Jayakan pada 22 Julai 2012 lalu. Pada majlis tersebut Pihak Sekolah menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada setiap kelas serta nyanyian lagu kemerdekaan beramai-ramai.




Read more...

Permohonan Kemasukan Pendidikan Pra Sekolah SK Nami



Permohonan Kemasukan 
ke Program Pendidikan Pra Sekolah
Di Buka Sekarang

Borang boleh didapati di Pejabat Sekolah

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP