Program RIMUP Daerah Padang Terap 2012

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.
Seiring itu juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan di peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah. Dengan usaha begini dapat meningkatkan pembinaan Negara Bangsa, bangsa Malaysia bersatupadu hidup dalam hidup dalam suasana harmoni aman dan damai menuju Negara maju.
Sehubungan itu Program RIMUP peringkat Daerah Padang Terap 2012 telah diadakan pada 20 Oktober 2012 bertempat di Sekolah Kebangsaan Nami. Program bermula jam 8.30 pagi disertai oleh 4 buah sekolah rendah iaitu SK Nami, SK Naka, SK Lubuk Merbau & SK Lamdin. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut antaranya Pertandingan Melukis & Mewarna serta Pertandingan Sukaneka. Program RIMUP peringkat Daerah Padang Terap 2012 ini dirasmikan oleh En. Azahari Ibrahim, Pegawai Ko-Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap.
0 comments:
Post a Comment