Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Showing posts with label 1Murid 1Sukan. Show all posts
Showing posts with label 1Murid 1Sukan. Show all posts

Monday, October 21, 2013

PROGRAM 1MURID 1SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI 2013

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. 
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Nami telah menjalankan program 1murid 1sukan pada 10 Oktober 2013 yang lalu. Prorgam dimulankan dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai di dewan Sri Budiman SK Nami. 





Read more...

Friday, May 10, 2013

Karnival Bola Baling 1Murid 1Sukan & Sukaneka Peringkat Sekolah 2013



Karnival ini dianjurkan bagi mencungkil bakat terpendam para murid dalam bidang sukan bola baling di samping menyokong dasar pendidikan negara yang menekankan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang sukan. Karnival ini juga adalah satu program berkonsepkan 1Murid 1 Sukan sepertimana yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tema Karnival Bola Baling 1Murid 1Sukan pada kali ini adalah ”SUKAN UNTUK SEMUA”. Karvival ini dilansungkan pada 2 Mei 2013 terbahagi kepada 2 kategori iaitu Lelaki & Perempuan. Sebanyak 5 Pasukan Lelaki & Enam Pasukan Perempuan telah menyertai karnival pada kali ini.


Pasukan rumah Hijau muncul sebagai Johan Bola Baling Kategori Lelaki setelah menewaskan pasukan Merah pada perlawanan Akhir. Pasukan Hijau menang dengan Jaringan Gol Emas pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan seri 3-3.
Manakala bagi ketegori Perempuan rumah Merah muncul Juara setelah menewaskan rumah Kuning pada perlawanan Akhir. Ismail bin Yusub (Hijau) & Anisah bt Ali (Merah) telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan bola baling pada kali ini. 


Bagi murid tahap 1, pertandingan sukaneka telah dijalankan. Pelbagai acara dijalankan untuk murid tahun 1, 2 & 3.




Read more...

Wednesday, July 11, 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sekolah Kebangsaan Nami


Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sekolah Kebangsaan Nami  telah diadakan pada Selasa 10 Julai 2012. Terima kasih kepada Semua Murid serta Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Nami kerana memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program ini.




Read more...

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak 1 Malaysia 1 Murid 1 Sukan


Larian Serentak 1 Malaysia sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan peringkat Sekolah Kebangsaan Nami telah dijalankan hari ini (2 Julai 2011). Larian 1 Malaysia dilepaskan oleh En Nasir (Pegawai PPD) tepat jam 7.45 pagi. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, Guru-guru serta Ibubapa terlibat dalam larian ini.




Perasmian Majlis Penutup Larian Serentak 1 Malaysia peringkat Sekolah Kebangsaan Nami disempurnakan oleh En Jasni Shafie iaitu Pengulas Sukan Terkenal Tanah Air. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Jasni Shafiee kerana sudi turut serta & memberi sokongan terhadap Sekolah Kebangsaan Nami. Terima kasih juga kepada PIBG dan Guru-guru sekolah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Larian ini.

Untuk Melihat Koleksi Gambar Larian 1 Malaysia sila klik ke

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP