Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Tuesday, November 1, 2011

Program Sekolah Bersama Komuniti (Hari Kantin)

Program Sekolah Bersama Komuniti telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Selasa 24 Okt 2011 lalu. Antara Aktiviti yang dijalankan ialah Gerai Jualan, Permainan, Cabutan Bertuah serta Pameran oleh Pejabat Kesihatan, Agensi Anti Dadah, Pemeriksaan Mata & Tekanan Darah & Program Derma Darah.

Jualan Pakaian Lelong

Kaunter Jualan Kupon

Pemeriksaan Tekanan Darah

Gerai Jualan

Pemenang Cabutan Bertuah Televisyen 29"

Untuk melihat koleksi gambar sila klik ke


Read more...

Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 & Terbuka Hari Kantin

Pertandingan Bola Sepak bawah 12 tahun kategori lelaki & perempuan dijalankan pada Khamis 20 September 2011. Manakala Bola Sepak Lima sepasukan kategori terbuka di adakan pada hari Ahad 23 Sept 2011.

Bagi Kategori bola sepak terbuka dimenangi oleh Pasukan Pak Gat yang menewaskan Pasukan Ashim Tim dengan jaringan 1-0.

Bagi Kategori Bola Sepak bawah 12 tahun lelaki diungguli oleh pasukan Liverpool yang berjaya menewaskan Pasukan Terangganu pada perlawanan akhir.

Manakala bagi bolasepak kategori perempuan bawah 12 tahun dimenangi oleh pasukan Kelas Tahun 5c.

Read more...

GHAZALI BIN HUSSAIN

NAMA : GHAZALI BIN HUSSAIN
JAWATAN : GPK HEM
GRED : DGA32
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 24.10.2011

Read more...

MOHD HAFIZ BIN HAMID


NAMA : MOHD HAFIZ BIN HAMID
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 23 OKT 2011

Read more...

MOHD ZAMRI BIN ABDULLAH

NAMA : MOHD ZAMRI BIN ABDULLAH
JAWATAN : GPK KO-KURIKULUM
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : Okt 2011

Read more...

Sunday, October 16, 2011

Program Sekolah Bersama Komuniti

PROGRAM SEKOLAH BERSAMA KOMUNITI
SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI 2011
Tarikh : 24 Oktober 2011 (Isnin)
Tempat : SK Nami
Dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan program ini.
Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya :-
* Gerai Jualan
* Pameran
* Tayangan Filem
* Permainan
(Bola Sepak 5 sebelah, Jaring Bola, Dart, Sepak Raga dan lain-lain)

ATURCARA SEPANJANG
PROGRAM SEKOLAH BERSAMA KOMUNITI 2011

HARI KHAMIS (20.10.2011)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Aktiviti :-
* Bola Sepak 5 sebelah bawah 12 tahun
* Bola Sepak wanita bawah 12 tahun
* Pasang Khemah

HARI AHAD (23.10.2011)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Aktiviti :-
* Panggung Wayang Mini
* Bola Sepak 5 sebelah terbuka
* Persiapan tempat / lokasi

HARI SELASA (24.10.2011)
Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg
Aktiviti :-
* Gerai Jualan
* Pameran
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan
- Pejabat Kesihatan
- Bomba dan Penyelamat
- Angkatan Tentera Malaysia
- Jabatan Penjara Malaysia
* Permainan
- Basikal Lambat
- Dart
- Boling Kelapa
- Sepak Raga Individu
- Menganyam ketupat
- Jaring Bola
* Cabutan Bertuah
* Derma Darah
* Pemeriksaan Mata Percuma
* Pertunjukkan Kawad Kaki

CABUTAN BERTUAH
(*Setiap pembelian Kupon bernilai RM10.00 anda layak untuk mendapatkan 1 borang cabutan bertuah)

Hadiah Utama :
Sebuah Televisyen 29"
Serta pelbagai barangan elektrik dan hamper

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH
Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Manaf (019-5128471)
1. Bola Sepak Bawah 12 tahun
(akan berlansung pada Khamis 20 Okt 2011)
2. Bola Sepak Terbuka
(Akan berlansung pada Ahad 23 Okt 2011)


Read more...

Saturday, September 24, 2011

SISTEM SAPS (SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH)


YAB Menteri Pelajaran telah memutuskan pada 25 Ogos 2011, supaya semua guru mata pelajaran dan guru kelas wajib mengisi markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan sahaja ke dalam sistem SAPS.

Semua sekolah Wajib melengkapkan semua pengisian markah-markah peperiksaan selewat-lewatnya Minggu Kedua November 2011. Mana-mana sekolah yang tidak berbuat demikian tidak akan dipertimbangkan bagi pemberian Insentif-Insentif di bawah NKRA Pendidikan.

Untuk memasukkan markah ke dalam sistem SAPS sila klik ke http://saps.moe.gov.my

Dipetik dari sumber: laman sesawang sistem SAPS ( http://saps.moe.gov.my )

Read more...

Friday, September 23, 2011

Sambutan Merdeka Raya Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2011 telah di adakan pada hari khamis 22 September 2011. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebutantaranya nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, persembahan murid & guru.
Antara tetamu yang dijemput hadir ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap iaitu Tuan Haji Mokhtar bin Hashim serta para ibubapa & penjaga.


Untuk melihat koleksi Gambar Sambutan Merdeka Raya 2011
sila klik ke Album Facebook

Read more...

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Nami ingin Mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Read more...

Sunday, August 7, 2011

Soalan Percubaan Sains UPSR 2011

Sains UPSR


KELANTAN


MELAKA


PAHANG


PERAK


SABAH


SARAWAK


KEDAH

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP