Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Friday, March 13, 2015

Kejohanan Balapan dan Padang SK Nami 2015

 
Kejohanan Balapan dan Padang SK Nami 2015 telah selesai dijayakan pada 25 Februari 2015 (Rabu). Tuan Guru Besar iaitu Ckgu Saad bin Jali telah merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini.


Pada kejohanan kali ini Rumah Biru telah muncul sebagai Juara Keseluruhan dengan 1840 mata, manakala Rumah Merah menduduki tempat kedua (1670 mata), diikuti oleh rumah Hijau (1080 mata) dan Rumah Kuning (630 mata).

Rumah Biru Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan & Padang 2015

Olahragawan & Olahragawati serta Olahragawan Harapan & Olahragawati Harapan

Read more...

Friday, March 6, 2015

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas ICT




Read more...

Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2015

 
Seramai 7 orang murid Merentas Desa SK Nami menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2015. SK Berjaya berjaya mendapat tempat ke 16 kategori perempuan bawah 12 tahun.


Read more...

Kejohanan Bowling MSSD Padang Terap 2015


Kontijen Bowling SK Nami berjaya menduduki tempat kedua Acara Bowling berpasangan perempuan bawah tahun MSSD Daerah Padang Terap 2015.

Read more...

Kejohanan Merentas Desa 2015



Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah telah diadakan pada Isnin 2 Februari yang lalu. Semua murid tahap 2 menyertai pertandingan ini.

Read more...

Sunday, January 4, 2015

Mesyuarat Guru Kali 1/2015


Mesyuarat Guru kali Pertama sesi 2015 telah di adakan pada Rabu, 31 Disember 2014. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap, iaitu Tuan Haji Mohktar bin Hashim kerana sudi hadir ke Mesyuarat Guru 1/2015 SK Nami.


Read more...

Mohd Nazarudin


NAMA :
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2015

Read more...

Wednesday, November 26, 2014

Pencapaian UPSR 2014 : SK Nami Mencatat Sejarah Baru dalam Pencapaian UPSR

Pencapain UPSR 2014 Sekolah Kebangsaan Nami pada tahun ini amat membanggakan. SK Nami mencipta satu sejarah baru dalam pencapain UPSR 2014.  Seramai 40 orang calon menduduki peperiksaan UPSR 2014, 3 orang dari 40 calon tersebut berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A. Bagi pencapaian Peratus Keseluruhan adalah 90% manakala Gred Purata sekolah (GPS) adalah 2.04.


Keputusan Pencapaian UPSR 2014 SK Nami ;-

a) Peratus Lulus Keseluruhan : 90.0% (Meningkat 66.7%)
b) Gred Purata Sekolah (GPS) : 2.04
(Meningkat 8.9)

Bagi peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
Peratus Lulus = 97.5% (Meningkat 11.5%)
Bilangan A = 17 orang, Bilangan B = 13 orang

BAHASA MELAYU (PENULISAN)
Peratus Lulus = 95% (Meningkat 12%)
Bilangan A = 24 orang, Bilangan B = 13 orang

BAHASA INGGERIS
Peratus Lulus = 95% (Meningkat 69.4%)
Bilangan A = 3 orang, Bilangan B = 17 orang

MATEMATIK
Peratus Lulus = 95% (Meningkat 13.6%)
Bilangan A = 10 orang, Bilangan B = 13 orang

SAINS
Peratus Lulus = 97.5% (Meningkat 18.4%)
Bilangan A = 8 orang, Bilangan B = 23 orang

 Senarai Murid 5A UPSR 2014
1. Nur Amira bt Abdul Mutalib
2. Iffah Afiqah bt Mat Sukeri
3. Rat Chaua a/l Tian

Senarai Murid 4A 1B UPSR 2014
1. Nur Alyaa Awatif bt Salahudin
2. Siti Fatimah bt Abdul Ghafar
3. Siti Nur Latifah bt Yusof
4. Muhammad Khaitul Hakimi b. Abdullah


Fakta Sejarah Pencapaian UPSR 2014 di mana SK Nami berjaya melakar sejarah baru dalam Sejarah Pencapaian UPSR SK Nami iaitu :-
* Mencatat Peratus Keseluruhan Tertinggi 90% dalam dalam Sejarah Pencapain UPSR SK Nami.
* Mencatat GPS Terbaik (2.04) sepanjang UPSR SK Nami
* Mencatat Peratus Lonjakan Tertinggi iaitu 66.7% dalam dalam Sejarah Pencapain UPSR SK Nami.
* Menduduki No 2 Lonjakan Peratus Tertinggi 66.7% dalam Peringkat Negeri Kedah.
* Mencatat Bilangan 5A tertinggi iaitu 3 Orang Murid 5A (Tahun 2007 & 2009, 2 Orang mendapat 5A)
* Murid berbangsa Siam pertama yang mendapat keputusan 5A
* BM (Pemahaman) mencatat Peratus Paling Tinggi 97.5% dalam sejarah Pencapaian BM Pemahaman UPSR SK Nami
* BM (Penulisan) mencatat Peratus Paling Tinggi 95% dalam sejarah Pencapaian BM Penulisan UPSR SK Nami
* Bahasa Inggeris mencatat Peratus Paling Tinggi 95% dalam sejarah Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR SK Nami
* Sains mencatat Peratus Paling Tinggi 97.5% dalam sejarah Pencapaian Sains UPSR SK Nami





Read more...

Saturday, November 22, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Nami 2014

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Nami 2014 telah dijayakan pada hari Ahad, 16 November 2014 yang lalu. Majlis telah disempurnakan oleh YB Haji Badrul Hisham bin Hashim SMK., AMK., BKM., PJK., iaitu EXCO Kerajaan Negeri Kedah, merangkap ADUN Kuala Nerang. Pihak sekolah merakankan jutaan terima kasih kepada YB Badrul Hisyam di atas kesudian beliau untuk melapangkan masa bagi merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2014 ini. Pihak sekolah juga bersyukur Hadrat Allah SWT kerana YB Badrul Hisyam bermurah hati meluluskan permohonan Sumbangan Wang Tunai RM2000 bagi tujuan Dana Pendidikan SK Nami 2015.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah En Shabudin bin Wahab (Penyelia Pendidikan Islam PPD Padang Terap) dan Ketua Balai Polis Naka


Senarai Penerima Anugerah
1. Tokoh Murid : Ifah Afiqah bt Mat Sukeri
2. Tokoh Akademik : Nur Amira bt Abdul Mutalib
3. Tokoh Kokurikulum : Aidil Johari



Read more...

Perkhemahan unit beruniform SK Nami 2014

Perkhemahan Unit Beruniform SK Nami 2014 telah di adakan pada 6 dan 7 November 2014 (Khamis & Jumaat) lalu. Perkhemahan ini melibatkan murid tahap 2 dari unit Pengakap, Puteri Islam & Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang hari perkhemahan tersebut, antaranya Lari Berhalangan, Ikhtiar Hidup, Kawad Kaki, Membina Gajet, Pertolongan Cemas, Ikatan & Simpulan & Majlis Bacaan Yasin.





Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP