Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Saturday, October 2, 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

سلامت هاري راي عيدالفطري

سمبوتن هاري راي عيدالفطري ڤريڠكت سكوله تله دجالنكن دڠن مرياهڽ ڤد 30 سيڤتيمبر 2010 برسمأن 21 شوال 1431 هجرية. ڤلباڬاي جواده دسدياكن اونتوق درايكن برسام موريد، ايبوباڤ دان ڬورو. انتارا تتامو ايستيميوا يڠ حاضر اياله توان ڤڬاواي ڤجابت ڤلاجرن دايره ايايت توان حاج محمد جاميل بن مد نوه


Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah telah dijalankan dengan meriahnya pada 30 September 2010 bersamaan 21 Syawal 1431 Hijriah. Pelbagai Juadah disediakan untuk diraikan bersama murid, ibubapa dan guru. Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Tuan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah iaitu Tuan Haji Mohamad Jamil bin Md Noh.

Read more...

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR 2010

سراما 43 اورڠ موريد تاهون 6 باكل مندودوكي اوجين ڤنچڤاين سكوله رنده 2010. اوليه ايت مجليس باچان يسٓ دان صلاة حاجة سمڤنا اوجين ڤنچڤاين سكوله رنده 2010 تله داداكن ڤد 20 سيڤتيمبر 2010 برتمڤت د ديوان سري بوديمن سكوله كبڠسأن نما
Seramai 43 orang tahun 6 bakal menduduki UPSR 2010. Oleh itu Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat sempena UPSR 2010 telah diadakan pada 20 September 2010 bertempat di Dewan Sri Budiman Sekolah Kebangsaan Nami.

Read more...

Thursday, September 30, 2010

Sambutan Ihya Ramadhan

سمبوتن اهيا رمضان ڤريڠكت سكوله تله دجالنكن سڤنجڠ بولن رمضان 1431 هجرية. ڤلباڬاي اكتيۏيتي دجالنكن باڬي مڠيماره بولن يڠ مليا اين. انتارا اكتيۏيتي يڠ دجالنكن :-
1. تذكرة رمضان
2. تداروس القرءان
3. مجليس باچان يسٓ ﴿نزول القرءان﴾
4. مجليس ختم القرءان



Sambutan ihya ramadhan peringkat sekolah telah dijalankan sepanjang bulan ramadhan 1431 hijriah. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengimarah bulan yang mulia ini. Antara aktiviti yang dijalankan :-
1. Tazkirah Ramadhan
2. Tadarus Al-Quran
3. MAjlis Bacaan Yasin (Nuzul Al-Quran)
4. Majlis Khatam Al-Quran

Read more...

Sunday, July 18, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Nami
Tarikh : 14 Julai 2010
Tempat : Dewan SK Nami
Perasmian Oleh : En Mohd Basri bin Baharom (Guru Besar SK Nami)



Read more...

Saturday, July 17, 2010

EN. MOHD BASRI BIN BAHAROM


NAMA : EN. MOHD BASRI BIN BAHAROM
GRED : DG34
JAWATAN : GURU BESAR
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 16 MEI 2010

Read more...

Selamat Datang En Mohd. Basri bin Baharom (Guru Besar)

Read more...

Selamat Berpisah

Tanggal 16 mei adalah sambutan Hari Guru di Malaysia. Pada 16 Mei juga Pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2010. Di penghujung majlis tiba-tiba Puan Lim Gek Yan memberi ucapan. Dalam ucapan tersebut beliau tetiba sahaja berkata "Hari ini adalah hari terakhir saya berkhidmat di sini sebagai guru besar SK Nami".... suasana terus berubah....

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau selama di Sekolah Kebangsaan Nami. Selamat berpisah buat Puan Lik Gek Yan, dan selamat berkhidmat di sekolah baru.

Read more...

Wednesday, June 2, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Read more...

Friday, April 30, 2010

Kejohanan Padang & Balapan SK Nami 2010

Kejohanan Padang & Balapan Sekolah Kebangsaan Nami 2010 telah dijalankan dengan jayanya pada 28 April 2010. Perasmian Kejohanan sukan ini disempurnakan oleh NYDP PIBG SK Nami. Berikut adalah keputusan Kejohanan Sukan & Balapan SK Nami 2010 :-
Johan Keseluruhan : Rumah KUNING
Johan Perbarisan : Rumah MERAH

Olahragawan : Mohd Zairi
Olahragawati :

Read more...

Monday, April 26, 2010

Pertandingan Bola Baling B12 Peringkat Daerah Padang Terap.

Pasukan Bola Baling B12 Zon Lubuk Merbau (SK Nami + SK Lamdin) telah berjaya menjadi Naib Juara Pertandingan Bola Baling MSSD Padang Terap pada 26 April 2010. Zon Lubuk Merbau tewas kepada Zon Naka 3-2 pada perlawanan akhir yang berlansung di Dewan Futsal Kuala Nerang. Seramai 7 orang murid SK Nami telah mewakili Zon Lubuk Merbau pada pertandingan tersebut.

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP