Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Tuesday, June 17, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2014 telah diadakan pada 18 Mei 2014 yang lalu. Tema Hari Guru 2014 ialah " Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi ". Pada tahun ini pihak sekolah & PIBG berkerjasama menyembelih seekor lembu bagi mengadakan kenduri sempena Hari Guru 2014. 




Read more...

Friday, May 23, 2014

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2014


Kem Kecemerlangan UPSR SK Nami 2014 telah diadakan pada 14 & 15 Mei yang lalu. Kem tersebut di adakan di Institut Kemahiran Belia Negara Naka (IKBN Naka). Seramai 40 orang murid tahun 6 serta guru-guru tahun 6 terlibat sepenuhnya sepanjang kem tersebut.



Read more...

NURUL HUDA BINTI ABDULLAH


NAMA : NURUL HUDA BINTI ABDULLAH
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 11.05.2014

Read more...

Tuesday, April 29, 2014

Kejohanan Balapan & Padang MSSM kali ke 56 Tahun 2014


Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah diamanahkan untuk mengelola Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-56 tahun 2014 yang akan diadakan pada 3 - 7 Mei 2014 di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Tetamu utama semasa majlis perasmian pembukaan kejohanan ialah Yang Berbahagia, Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Read more...

Friday, April 25, 2014

Tahniah buat Kopral TKRS Mohd Aidil bin Johari (Tahun 6 Cerdik)

Tahniah buat Kopral TKRS Mohd Aidil bin Johari dari Tahun 6 Cerdik kerana di anugerahkan Pangkat Kopral TKRS pada Perkhemahan Latihan Pusat Perkhemahan PBB Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 pada 8 - 11 April 2014 yang lalu, bertempat di Pusat Latihan KRS Kem Nur Hijrah Batu Hampar, Yan, Kedah DArul Aman


Kopral TKRS Mohd Aidil Juga terpilih mewakili Negeri Kedah pada Perkhemahan PBB Peringkat Kebangsaan di Kem Tekali, Pusat Kokurikulum Negeri Selangor Darul Ehsan.

Read more...

Jamuan Perpisahan Guru & Meraikan Guru Besar

Jamuan guru SK Nami telah di adakan pada 14 April 2014 bertempat di Restoran Berpusing 360 Menara Alor Setar. Jamuan perpisahan ini bagi menghargai jasa bakti guru yang meninggalkan SK Nami iaitu Cikgu Hafiz yang kini berkhidmat di SK Lamdin dan juga bagi meraikan dan mengalukan Guru Besar Saad bin Jali yang kini dapat berkhidmat semula selepas sembuh dari kemalangan jalanraya yang lalu .



Read more...

Monday, April 7, 2014

Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M)


Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), adalah inisiatif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah atau yang kurang berkemampuan selaras dengan program-program yang menjana transformasi kerajaan pada masa ini atau pakej bantuan kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pelaksanaan program i-TR1M ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi penggunaan NetBook 1Malaysia yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar terpilih kerana sebahagian besar program i-TR1M dikendalikan secara online.
Program i-TR1M boleh dijadikan sebagai usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan pelajar-pelajar terpilih di samping usaha gigih yang telah dilaksanakan oleh guru-guru mereka di dalam kelas. Adalah diharapkan program ini boleh memberikan impak yang besar kepada meraka dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar kurang berkemampuan berbanding kumpulan pelajar yang lebih berkemampuan.

OBJEKTIF
Program i-TR1M adalah bertujuan untuk memberi kelas bimbingan tambahan atau tuisyen kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan pelajar-pelajar berkenaan meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti di samping membudayakan dan memperkasakan penggunaan ICT dalam pembelajaran serta kehidupan seharian di kalangan pelajar terlibat.
Program iTR1M juga boleh menambahkan contact hour pelajar dengan guru.
Menambahkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti khususnya untuk menghadapi peperiksaan.
Jurang pencapaian di antara pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan berada akan dapat dikurangkan.
Secara tidak langsung program i-TR1M juga dapat membantu pihak sekolah dalam memberikan bimbingan tambahan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang lemah dan usaha ini tentunya akan dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik sekolah.

sila klik ke www.unicliq.com

Read more...

Friday, March 21, 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 38 Sekolah Kebangsaan Nami 2014


Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Kali Ke 38
Sekolah Kebangsaan Nami 2014
Tarikh : 18 Mac 2014 (Selasa)
Masa : 2.00 petang

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 38 telah disempurnakan oleh Dato Syed Sobri bin Syed Hashim



YDP PIBG Sesi 2014/15 En Mat Ali menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang

Read more...

Sekitar Hari Keusahawanan 2014 Sekolah Kebangsaan Nami

Hari Keusahawanan 2014
Sekolah Kebangsaan Nami
Tarikh : 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8 Pagi - 2.00 ptg


Pameran dari pihak JPAM

Persembahan Pancaragam oleh RAMD

Adik Najmi memenangi Hadiah Utama Sebuah Basikal Cabutan Bertuah Hari Keusahawanan 2014

Read more...

Monday, March 3, 2014

Hari Keusahawanan 2014 Sekolah Kebangsaan Nami


HARI KEUSAHAWANAN 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI
TARIKH : MAC 2014 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 2 PTG

Pelbagai aktiviti dijalankan Sepanjang hari tersebut

GERAI JUALAN MAKANAN & MINUMAN
1.Gerai Jualan Makanan & Minuman
2.Gerai Buah-buahan & Rojak
3.Gerai Satay & Burger
4.Gerai Laksa & Nasi Lemak
5.Gerai Kuih-muih, Bihun & Mee Goreng
6.Gerai kacang
7.Gerai Air Kelapa & MinumanBotol
8.Gerai Aiskrim & Ais Blender

GERAI JUALAN
1.Jualan Pakaian Bundle
2.Gerai Hasil Kampung
3.Gerai Cetak Nama & Nombor Jersi, Cetak Mug & Tshirt

PERMAINAN
1.Permainan Bola Sepak
2.Permainan Dart
3.Permainan Bowling Kelapa
4.Jaringan Gol

PAMERAN
1.Bomba & Penyelamat
2.JPAM
3.Kesihatan (Derma Darah)
4.AADK (Anti Dadah)
Tayangan Filem (di Makmal Komputer)
Persembahan Khas Pancaragam Askar

Cabutan bertuah hadiah menarik dengan pembelian Kupon Hari Keusahawanan

Dijemput orang ramai untuk hadir bagi memariahkan program Hari Keusahawanan SK Nami 2014

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP