Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Wednesday, September 23, 2015

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015. #SehatiSejiwa


Majis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015 telah diadakan pada 15 September 2015 (selasa). Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan mewarna dan melukis poster, kovoi berbasikal jalur gemilang dan basikal berhias.

 
 



Read more...

Saturday, September 5, 2015

Majlis Bacaan Yasin Perdana UPSR 2015


Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena UPSR 2015 SK Nami telah diadakan pada hari Khamis 3 September 2015 lalu. Pada tahun ini seramai 41 orang calon UPSR bakal menduduki peperiksaan UPSR pada 8, 9 & 10 September 2015 ini. Semua calon UPSR, Para Guru, Ibubapa, PIBG dan semua murid-murid SK Nami turut serta dalam majlis tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada PIBG dan para waris kerana sudi hadir ke Majlis Baccan Yasin Perdana pada kali ini. Harapan pihak sekolah semoga calon tahun ini dapat mencapai sasaran pencapain 100% lulus dan meningkatkan pencapain cemerlang 2014 lalu, InsyaAllah.





Read more...

Jamuan Majlis Perpisahan & Lawatan Ke Songkla, Thailand

Pada 28 Ogos 2015, Badan Kebajikan Guru dan Staff SK Nami telah mengadakan Lawatan Guru ke Songkla Thailand, serta mengadakan Jamuan Majlis Perpisan Guru yang bertukar pada awal januari 2015 lalu. Jamuan Perpisahan kali ini diadakan di Samy Kitchen, Songkla Thailand, Selamat berkhidmat di sekolah baru buat Cikgu Ghazali, Ustaz Tarmizi dan Ckgu Zakir. Jasa Bakti yang ditaburkan di bumi Nami amat dihargai.








Read more...

Friday, August 7, 2015

Tahniah YB Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Haji Mahzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia)


Sekalung Penghargaan & Tahniah

Kepada

YB Dato' Seri Mahawangsa
Dato' Seri Diraja Haji Mahzir bin Khalid

Di atas perlantikan sebagai
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Kami sebagai rakyat Padang Terap & Warga Pendidik di Daerah Padang Terap, Amat berbangga di atas perlantikan YB sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Semoga YB dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dalam memartabatkan Kualiti Pendidikan di Malaysia.
Akhir kata, "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera".

Ikhlas Daripada :
Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Nami &
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Nami (PIBG)

Read more...

Wednesday, August 5, 2015

Kem Celik Minda UPSR 2015

Seramai 40 Calon UPSR SK Nami telah menyertai Kem Celik Minda UPSR 2015. Program dijalankan di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, pada 1 - 3 Ogos 2015. Pihak Sekolah mengucapkan setingi penghargaan kepada pihak yang turut menyumbang & membantu dalam menjayakan program ini.






 

Untuk koleksi gambar Kem Celik Minda UPSR 2015 sila klik ke Facebook SK Nami

Read more...

Tuesday, July 14, 2015

Majlis Tadarus & Khatam Al Quran 1436H / 2015

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran 1436H / 2015,  Sekolah Kebangsaan Nami telah disempurnakan pada 14 Julai 2015. 





Penyampaian Duit Raya dari pihak Kelab Kebajikan Guru & Staf kepada semua Murid SK Nami

Read more...

Sunday, June 21, 2015

Hari Anugerah Cemerlang SK Nami 2015



Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 2015 telah di adakan pada 17 Jun 2015 (Rabu) jam 9.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG SK Nami iaitu Mat Ali bin Haji Ismail.



Read more...

Saturday, June 20, 2015

Penghargaan Pencapaian UPSR 2014 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman (JPN Kedah)


Penghargaan Pencapaian UPSR 2014 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman (JPN Kedah) sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kedah ke-44 /2015.

Sekolah Kebangsaan Nami telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Akademik, Pencapaian Terbaik UPSR 2014, bagi kategori Peningkatan Prestasi Terbaik. Seluruh Warga Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan merasa sangat berbesar hati di atas pengiktirafan dan penghargaan oleh Pihak JPN Kedah ini. Semoga ianya menjadi satu suntikan semangat buat seluruh warga SK Nami untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh seterusnya melonjakkan pencapaian UPSR pada tahun mendatang ini. InsyaAllah...



Read more...

Saturday, May 30, 2015

Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka 2015 Sempena Sambutan Jubli Emas SK Nami


Pada 29 Mei 2015 bertempat di Kedah Bowl Alor Setar, satu Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka 2015 Sempena Sambutan Jubli Emas SK Nami telah diadakan. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru & Staf SK Nami. Seramai 30 Peserta (10 Pasukan) telah menyertai kejohanan ini yang terdiri dari Guru Sekolah, Pegawai PPD & JPN, Agensi Kerajaan & Swasta.

 





Read more...

Friday, May 29, 2015

Program Forum Perdana sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Nami 2015


Pada 28 Mei 2015 (Khamis), PIBG & SK Nami dengan kerjasama Jabatan Kerajaan & Swasta telah mengadakan Program Forum Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Nami 2015. Program telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka SK Nami pada jam 9.00 Malam. Pihak PIBG & Warga Sekolah Kebangsan Nami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Panel Forum Perdana kerana sudi hadir ke SK Nami bagi menjayakan Program ini. Pihak PIBG & Pihak SK Nami mengalukan kehadiran orang ramai yang hadir meramaikan program forum perdana kali ini dan juga kepada semua pihak yang memberi sumbangan, sokongan & kerjasama dalam menjayakan program ini.



 


Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP