Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Tuesday, November 24, 2009

Sejarah Sekolah

Sekolah ini telah diasaskan pada 1 hb april 1957 oleh En Bali bin Ali yang berasal dari Danglau. Pada peringkat awalnya ia dikenali sebagai sekolah umum. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan di bangunan orang ramai yang terletak di Tanjung Piring. Disinilah juga tempat tinggal guru besar sekolah. Pada waktu itu hanya seorang guru yang menjadi tenaga pengajar dan juga memegang jawatan sebagai guru besar. Beliau ialah En Ali bin Eding yang ditukarkan dari sekolah umum Gajah Mati, Kota Setar, Kedah

Bilangan murid pada peringkat awalnya hanyalah 37 orang iaitu 25 pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. Pengambilan ini tidak dihadkan umur. Umur mereka adalah diantara 11 hingga 17 tahun. Mereka hanya memakai pakaian biasa.

Setahun selepas itu barulah bangunan sekolah yang sebenar didirikan di kawasan itu. Ianya terdiri daripada dua buah bangunan yang panjangnya lebih kurang 60 kaki dan lebarnya 20 kaki. Segala perbelanjaan telah dibiayai oleh kerajaan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh pegawai daerah pada masa itu. Sebuah padang bola yang berukuran lebih kurang 120 kaki x 60 kaki dibina secara gotong - royong dengan menggunakan cangkul pada waktu malam kerana pada sebelah siangnya penduduk menjalankan aktiviti harian mereka.

Tidak lama kemudian seorang guru dihantar ke sekolah ini iaitu En Md Zain bin Abdullah dan diikuti dengan penghantaran seorang guru lagi iaitu En Md Hashim bin Salleh. Sebelum ini beliau mengajar di sekolah umum Kuala Nerang.

Setelah berkhidmat beberapa tahun disitu, akhirnya sebuah bangunan baru sebagai rumah guru didirikan. Bangunan ini adalah bangunan sementara yang berdinding papan, beratap zink tanpa siling. keadaannya sungguh kurang selesa.

Pada tahun 1969, sekolah ini telah dipindahkan ke tempat baru iaitu Kampung Nami lama. Namanya ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Nami. Dua buah bangunan disediakan di tempat baru ini. Bangunan 1 tingkat mengandungi 4 bilik darjah dan bangunan dua tingkat pula menempatkan 1 bilik darjah dan pentadbiran.

Pada tahun 2002, dua buah bangunan tiga tingkat setiap satunya dibina yang mana mengandungi enam bilik darjah dan bilik-bilik khas termasuk pejabat sekolah. Sebuah makmal komputer ( ict ) juga siap dibina pada tahun yang sama.

Kini,pelajar sekolah kebangsaan nami telah pun mencecah ke angka 329 orang. manakala guru seramai 27 orang.

0 comments:



UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP