Misi & Visi Sekolah
Visi Baru SK Nami
Thursday, June 30, 2011
Sambutan Israk Mikraj 2011
Sambutan Israk Mikraj 1432 H Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2011 telah dilaksanakan pada 30 jun 2011 bersamaan 28 Rejab 1432 H. Pelbagai aktiviti di adakan pada hari tersebut, antaranya ialah :
* Pertandingan Azan
* Pertandingan Bercerita
* Pertandingan Nasyid
* Pertandingan Mewarna (Tahap1)



Thursday, June 23, 2011
Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Untuk makluman Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1Malaysia Seluruh Negara yang melibatkan semua warga JPN, PPD, Sekolah, PIBG, IPGM, Matrikulasi dan masyarakat setempat.Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : Bermula 7.00 pagi (flag off 7.45 pagi)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Nami

a. Borang Penyertaan untuk Murid / Pelajar
b. Borang Penyertaan untuk Guru / Pensyarah
c. Borang Penyertaan untuk Ibubapa / PIBG
d. Borang Penyertaan untuk Bahagian ( Kementerian Pelajaran Malaysia )
e. Lain-lain/Individu
f. PANDUAN PELAKSANAAN
Monday, June 20, 2011
Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2011
Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis 16 Jun 2011 yang lalu. Semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 terlibat dalam pertandingan ini. Secara keseluruhan Rumah Kuning mengungguli Pertandingan Merentas Desa kali ini dengan mengumpul mata paling tinggi.
Read more...
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami telah diadakan pada tarikh keramat iaitu 16 Mei 2011. Pelbagai Aktiviti dijalankan sepanjang hari tersebut.
Sebahagian dari Persembahan Murid
Jamuan Makan Sempena Hari Guru 2011Selamat Hari Guru
"Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"
Mesyuarat Agong PIBG Tahun 2011
Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-35 tahun 2011 telah dilaksanakan pada 29 Mac Mac yang lalu. Perasmian mesyuarat Agong PIBG SK Nami di sempurnakan oleh YB Dato’ SERI MAHAWANGSA Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid (ADUN Kawasan Pedu).



Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah 2011 (Bawah 12)
Tahniah kepada Regu Sepak Takraw SK Nami kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Padang Terap telah dijalankan pada Mei 2011 yang lalu bertempat di Dewan Lubuk Merbau.Pasukan Sepak Takraw SK Nami berjaya menjadi Naib Johan Kumpulan seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan berjaya menewaskan SK Toh Puan Syarifah Anifah pada peringkat Suku Akhir. Pada peringkat Separuh Akhir Regu SK Nami tewas kepada Tuan Rumah SK Lubuk Merbau. Salah seorang pemain SK Nami telah terpilih mewakili Daerah ke peringkat Negeri iaitu Amirul Aimal dari kelas 6 Cerdik. Pasukan Sepak Takraw ini dibimbing oleh Ustaz Wan Roslan selaku jurulatih.
Friday, June 17, 2011
Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 MSSD Padang Terap
Keputusan Peringkat Kumpulan;
SK Nami (3) lwn SK Padang Sanai (0)
SK Nami (2) lwn SK Datin Fatimah (0)
SK Nami (0) lwn SK Panglima Awang (0)
SK Nami (1) lwn SK Kuala Nerang (1)
Pada peringkat Suku Akhir SK Nami tewas kepada SK Naka dengan 6 gol tanpa balas. Pada perlawanan ini agak malang kerana penjaga gol utama mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar pada babak pertama permainan. Pencapaian ke Peringkat Suku Akhir pada tahun ini adalah antara pencapaian terbaik Pasukan Bola Sepak SK Nami. Salah seorang pemain SK Nami juga telah terpilih mewakili Daerah Padang Terap ke peringkat Negeri iaitu Shazril Aimal dari tahun 6 Cerdik. Pasukan Bola Sepak ini dibimbing oleh Cikgu Mohamed Faisal dan Cikgu Abdul Manaf selaku Jurulatih dan Ustaz Wan Roslan selaku Pengurus Pasukan.Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik laman web Jabatan Akauntan Negara.

Read more...
Tuesday, June 14, 2011
Senarai Guru Yang Baru Berkhidmat di SK Nami Tahun 2011
- Dari SK Sg Tengi, Hulu Selangor, Selangor.
2. CIK NORHAYATI BINTI MOHAMMAD
- Dari SK Sungai Pasir Kechik, Sungai Petani, Kedah
3. HEIRMAN BIN JAMALUDIN
- Dari SK Taman Sri Muda 2, Shah Alam, Selangor.
4. KATRUNADA BINTI DALI
- Dari SK Guar Cempedak, Kedah.
5. KHALIJAH BINTI ROMLI
- Dari SK Bagan Jermal, Pulau Pinang.
6. MAT SAHIDAN BIN AHMAD
- Dari SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri, Sg Petani, Kedah.
7. MUHAMMAD HUSAIF BIN AHMAD JASRI
- Dari SK Lubok Bedil, Sarawak.
8. SITI SALMIAH BT PUTEH
- Dari SK Sg Tengi, Hulu Selangor, Selangor.








