Monday, May 14, 2012

Program Sekolah Penyayang



Program Sekolah Penyayang merupakan program mega JPN Kedah yang perlu dijalankan di sekolah-sekolah. Secara ringkasnya Pelaksanaan Sekolah Penyayang peringkat negeri Kedah yang akan dimulakan mestilah berteraskan kepada 9P dan 5K sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaaran Malaysia. Apakah yang dimaksudkaan 9P dan 5K itu?

9P merujuk kepada :-
a. Penyayang
b. Penerimaan
c. Penghormatan
d. Prihatin
e. Pemaufakatan
f. Perpaduan
g. Persaudaraan
h. Pengiktirafaan
i. Persefahaman

Manakala 5K merujuk kepada :-
1. Kesepunyaan
2. Kemesraan
3. Kepuasan
4. Keseronokan
5. Kesabaran


Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan Sekolah Penyayang, pihak Sekolah Kebangsaan Nami menjalankan pelbagai aktiviti menjurus kepada "Guru Sayang Murid" dan "Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan" tetapi, tidak boleh lari daripada teras atau dasar yang telah ditetapkan. Para guru harus sedar sehingga ke peringkat akar umbi bahawa pelajar adalah klien yang sentiasa perlu diberi keutamaan. Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah ialah Mengalu-alukan kehadiran murid setiap pagi, Memberi penghargaan kepada murid, Program Mentor Mentee, Membaca Yasin Bersama Murid, Meraikan Hari Lahir Murid dan sebagainya.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

My Photo
SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI
SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI. Adalah sebuah sekolah yang terletak di Kawasan Luar Bandar dalam Daerah Padang Terap, Kedah. SK Nami mempunyai bilangan murid sekitar 300 orang.
View my complete profile
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

WEB EDITOR

WEB EDITOR
Mohamed Faisal bin Haji Abdullah

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP