Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Sunday, February 17, 2013

Guru Muda 1Malaysia

Guru Muda 1Malaysia (GM1M) yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bakal menjadi pemangkin kepada guru muda dalam membantu melonjakkan transformasi pendidikan negara.
 
GM1M turut bertujuan mengukuhkan lagi profesion perguruan di negara ini di samping memberi tumpuan utama untuk membina negara bangsa dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
Idea GM1M adalah ilham Timbalan Perdana Menteri dan tercetus daripada hasrat beliau untuk mengumpulkan guru muda di Kementerian Pelajaran sekali gus membantu negara menjayakan program transformasi. Para pendidik di negara ini memainkan peranan penting dalam membantu negara merealisasikan hasrat tersebut



Bertujuan untuk mengukuh perpaduan guru muda untuk bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memacu dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Semua guru-guru di Malaysia dijemput untuk menyertai Page Facebook Guru Muda 1Malaysia (GM1M). Sila klik pada gambar di atas.

0 comments:

UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP