Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Saturday, March 9, 2013

Kejohanan Balapan & Padang MSSD Padang Terap 2013


Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Kali Ke-5 Tahun 2013 telah dilansungkan pada 7, 8 dan 9 Mac 2013 di SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah. Pada tahun ini Kontijen SK Nami telah menghantar seramai 21 Atlit bagi menyertai kejohanan kali ini.

 Sebahagian dari Atlit SK Nami 2013

Sekolah Kebangsaan Nami berjaya merangkul 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Tahun 2013. Sekolah Kebangsaan berjaya membaiki pungutan pingat tahun lepas dengan menduduki tempat ke-8 keseluruhan.

Sekolah Kebangsaan Naka berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2013 dengan pungutan pingat 11 Emas dan 3 Perak. Manakala Sekolah Kebangsaan Perik berjaya muncul Naib Johan Keseluruhan dengan 7 pungutan pingat ( 2 Emas, 5 Perak dan 2 Gangsa). 

SENARAI KUTIPAN PINGAT 
(SEKOLAH RENDAH)


Manakala SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah menengah dengan 54 pungutan pingat keseluruhan (22 Emas, 16 Perak dan 16 Gangsa). Manakala SMK Naka pula muncul sebagai Naib Johan Keseluruhan dengan 34 pungutan pingat (11 Emas, 11 Perak dan 12 Gangsa).

SENARAI KUTIPAN PINGAT 
(SEKOLAH MENENGAH)

0 comments:



UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP