Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Friday, February 21, 2014

Pertandingan Bola Sepak 4 Penjuru Bawah 12 Tahun 2014


Pertandingan Bola Sepak 4 penjuru Bawah 12 Tahun ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Staff Sekolah Kebangsaan Nami dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO Padang Terap. Pihak Biro Pendidikan UMNO Padang Terap dan Ahli Parlimen Padang Terap (Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Mahdzir bin Khalid) telah berbesar hati menanggung dan menaja pertandingan bola sepak kali ini.


Pertandingan ini juga merupakan satu pra pertandingan bola sepak sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap yang akan diadakan pada 9, 10 & 11 Mac 2014 ini. Sebanyak Empat buah pasukan yang dijempuat khas bagi menyertai pertandingan ini iaitu SK Nami, SK Lubok Merbau, SK Naka & SK Kg. Belukar. Sekolah Kebangsaan Naka telah muncul sebagai Johan pertandingan dan membawa pulang sebuah Piala Johan Kejohanan dan Medal. Manakala Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar muncul sebagai Naib Johan pertandingan pada kali ini dan membawa pulang medal pertandingan.

 En Zainal Biro Pendidikan UMNO Padang Terap telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang



0 comments:



UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP