Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Friday, February 21, 2014

Pertandingan Bola Sepak 4 Penjuru Bawah 12 Tahun 2014


Pertandingan Bola Sepak 4 penjuru Bawah 12 Tahun ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Staff Sekolah Kebangsaan Nami dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO Padang Terap. Pihak Biro Pendidikan UMNO Padang Terap dan Ahli Parlimen Padang Terap (Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Mahdzir bin Khalid) telah berbesar hati menanggung dan menaja pertandingan bola sepak kali ini.


Pertandingan ini juga merupakan satu pra pertandingan bola sepak sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap yang akan diadakan pada 9, 10 & 11 Mac 2014 ini. Sebanyak Empat buah pasukan yang dijempuat khas bagi menyertai pertandingan ini iaitu SK Nami, SK Lubok Merbau, SK Naka & SK Kg. Belukar. Sekolah Kebangsaan Naka telah muncul sebagai Johan pertandingan dan membawa pulang sebuah Piala Johan Kejohanan dan Medal. Manakala Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar muncul sebagai Naib Johan pertandingan pada kali ini dan membawa pulang medal pertandingan.

 En Zainal Biro Pendidikan UMNO Padang Terap telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang



Read more...

Friday, February 7, 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 2014 telah di adakan pada hari Ahad 26 Januri 2014 yang lalu.






Read more...

Thursday, January 16, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1435H


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 1435H / 2014 telah diadakan pada 16 Januari 2014. Program dimulakan dengan Perarakan dan berselawat ke atas junjungan Nabi di kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Nami. Selepas perarakan semua murid dkumpulkan di dewan Sri Budiman bagi Sesi Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Bahari bin Yaakob. Selain itu Pelbagai aktiviti dijalankan bagi pada majlis sambutan kali ini iaitu pertandingan mewarna & tulisan khat.



Read more...

Tuesday, January 14, 2014

Jamuan Perpisahan Guru

Jamuan perpisahan guru SK Nami telah di adakan pada 14 Januari 2014 bertempat d Hotel Sri Malaysia. Jamuan perpisahan ini bagi meraikan guru yang baru berkhidmat di SK Nami dan juga bagi menghargai jasa bakti guru yang meninggalkan SK Nami. Segala jasa dan pengorbanan guru sepanjang berkhidmat di SK Nami amat di hargai.





Read more...

Monday, January 13, 2014

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014


Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2014 telah diadakan pada 13 Januari 2014. Semua murid tahap 2 terlibat dalam pertandingan kali ini.

Adik Haikal dari Tahun 5 Bijak telah berjaya muncul juara kategori lelaki, manakala Adik Nur Ain Syazwani dari Tahun 4 Bijak muncul juara kategori perempuan.

Para pemenang kategori perempuan 

Pemenang kategori Lelaki

Read more...

MOHAMAD SHUKRI BIN KASSIM


NAMA : MOHAMAD SHUKRI BIN KASSIM
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 12.01.2014

Read more...

BAHARI BIN YAAKOB


NAMA : BAHARI BIN YAAKOB
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2014

Read more...

ASMA HANIM BT SHUIB


NAMA : ASMA HANIM BT SHUIB
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2014

Read more...

Saturday, January 4, 2014

Hari Pertama Persekolahan sesi 2014 (01.01.2014)



Read more...

Thursday, December 19, 2013

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
Pengurusan Maklumat Sekolah
Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
Pengurusan Pentadbir Sistem
Pengurusan Staf
Pengurusan Murid
Pengurusan Sistem Rumah
Pengurusan Jadual Waktu
Pengurusan Asrama
Pengurusan Kehadiran
Pengurusan Kedatangan Murid
Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
Pengurusan Buku Teks
Pengurusan Disiplin
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan Kandungan
Pengurusan Program Nilam
Pengurusan Peperiksaan
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Laporan
Pengurusan Utiliti
Pengurusan e-Cuti

Pautan :  Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP