Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Wednesday, November 26, 2014

Pencapaian UPSR 2014 : SK Nami Mencatat Sejarah Baru dalam Pencapaian UPSR

Pencapain UPSR 2014 Sekolah Kebangsaan Nami pada tahun ini amat membanggakan. SK Nami mencipta satu sejarah baru dalam pencapain UPSR 2014.  Seramai 40 orang calon menduduki peperiksaan UPSR 2014, 3 orang dari 40 calon tersebut berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A. Bagi pencapaian Peratus Keseluruhan adalah 90% manakala Gred Purata sekolah (GPS) adalah 2.04.


Keputusan Pencapaian UPSR 2014 SK Nami ;-

a) Peratus Lulus Keseluruhan : 90.0% (Meningkat 66.7%)
b) Gred Purata Sekolah (GPS) : 2.04
(Meningkat 8.9)

Bagi peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
Peratus Lulus = 97.5% (Meningkat 11.5%)
Bilangan A = 17 orang, Bilangan B = 13 orang

BAHASA MELAYU (PENULISAN)
Peratus Lulus = 95% (Meningkat 12%)
Bilangan A = 24 orang, Bilangan B = 13 orang

BAHASA INGGERIS
Peratus Lulus = 95% (Meningkat 69.4%)
Bilangan A = 3 orang, Bilangan B = 17 orang

MATEMATIK
Peratus Lulus = 95% (Meningkat 13.6%)
Bilangan A = 10 orang, Bilangan B = 13 orang

SAINS
Peratus Lulus = 97.5% (Meningkat 18.4%)
Bilangan A = 8 orang, Bilangan B = 23 orang

 Senarai Murid 5A UPSR 2014
1. Nur Amira bt Abdul Mutalib
2. Iffah Afiqah bt Mat Sukeri
3. Rat Chaua a/l Tian

Senarai Murid 4A 1B UPSR 2014
1. Nur Alyaa Awatif bt Salahudin
2. Siti Fatimah bt Abdul Ghafar
3. Siti Nur Latifah bt Yusof
4. Muhammad Khaitul Hakimi b. Abdullah


Fakta Sejarah Pencapaian UPSR 2014 di mana SK Nami berjaya melakar sejarah baru dalam Sejarah Pencapaian UPSR SK Nami iaitu :-
* Mencatat Peratus Keseluruhan Tertinggi 90% dalam dalam Sejarah Pencapain UPSR SK Nami.
* Mencatat GPS Terbaik (2.04) sepanjang UPSR SK Nami
* Mencatat Peratus Lonjakan Tertinggi iaitu 66.7% dalam dalam Sejarah Pencapain UPSR SK Nami.
* Menduduki No 2 Lonjakan Peratus Tertinggi 66.7% dalam Peringkat Negeri Kedah.
* Mencatat Bilangan 5A tertinggi iaitu 3 Orang Murid 5A (Tahun 2007 & 2009, 2 Orang mendapat 5A)
* Murid berbangsa Siam pertama yang mendapat keputusan 5A
* BM (Pemahaman) mencatat Peratus Paling Tinggi 97.5% dalam sejarah Pencapaian BM Pemahaman UPSR SK Nami
* BM (Penulisan) mencatat Peratus Paling Tinggi 95% dalam sejarah Pencapaian BM Penulisan UPSR SK Nami
* Bahasa Inggeris mencatat Peratus Paling Tinggi 95% dalam sejarah Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR SK Nami
* Sains mencatat Peratus Paling Tinggi 97.5% dalam sejarah Pencapaian Sains UPSR SK Nami





Read more...

Saturday, November 22, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Nami 2014

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Nami 2014 telah dijayakan pada hari Ahad, 16 November 2014 yang lalu. Majlis telah disempurnakan oleh YB Haji Badrul Hisham bin Hashim SMK., AMK., BKM., PJK., iaitu EXCO Kerajaan Negeri Kedah, merangkap ADUN Kuala Nerang. Pihak sekolah merakankan jutaan terima kasih kepada YB Badrul Hisyam di atas kesudian beliau untuk melapangkan masa bagi merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2014 ini. Pihak sekolah juga bersyukur Hadrat Allah SWT kerana YB Badrul Hisyam bermurah hati meluluskan permohonan Sumbangan Wang Tunai RM2000 bagi tujuan Dana Pendidikan SK Nami 2015.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah En Shabudin bin Wahab (Penyelia Pendidikan Islam PPD Padang Terap) dan Ketua Balai Polis Naka


Senarai Penerima Anugerah
1. Tokoh Murid : Ifah Afiqah bt Mat Sukeri
2. Tokoh Akademik : Nur Amira bt Abdul Mutalib
3. Tokoh Kokurikulum : Aidil Johari



Read more...

Perkhemahan unit beruniform SK Nami 2014

Perkhemahan Unit Beruniform SK Nami 2014 telah di adakan pada 6 dan 7 November 2014 (Khamis & Jumaat) lalu. Perkhemahan ini melibatkan murid tahap 2 dari unit Pengakap, Puteri Islam & Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang hari perkhemahan tersebut, antaranya Lari Berhalangan, Ikhtiar Hidup, Kawad Kaki, Membina Gajet, Pertolongan Cemas, Ikatan & Simpulan & Majlis Bacaan Yasin.





Read more...

Lawatan Tahun 6 2014 ke Lost World Tambun

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 2014 telah diadakan pada 30 0ktober 2014 lalu. Seramai 40 orang murid 7 orang guru pengiring menyertai rombongan ini ke Lost World Tambun dan Kg. Sayong.


Read more...

Pertandingan Tenpin Bowling Antara Guru dan Staf SK Nami 2014

Pertandingan Tenpin Bowling antara Guru & Staf Sekolah Kebangsaan Nami 2014 telah diadakan pada 28 Oktober 2012. Pertandingan dijalankan secara individu (lekaki & Perempuan) serta secara berkumpulan (3 orang).

Ustaz Wan Roslan telah mencul Johan kategori Lelaki

Cikgu Asma Hanim Johan kategori perempuan.

Read more...

Thursday, September 11, 2014

Lawatan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah ke Sekolah Kebangsaan Nami

Sekalung Budi Buat Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah iaitu Datin Azuyah bt Hassan SDK., AMK.

Petang Khamis, 11 September 2014 merupakan suatu petang yang sangat bertuah apabila  warga SK Nami menerima kunjungan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Datin Azuyah bt Hassan. Puan Pengarah datang sejurus selepas murid tahun 6 selesai menduduki peperiksaan UPSR 2014 bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Kertas 2. 

Sesungguhnya walaupun singkat kunjungan Puan Pengarah ke teratak SK Nami namun ianya sarat dengan pengalaman yang sangat bermakna kepada kami seluruh warga SK Nami dan ianya memberi satu suntikan semangat buat murid tahun 6 SK Nami bagi menduduki menduduki Ujian Aptitud pada petang tersebut dan seterusnya baki peperiksaan UPSR hujung bulan ini.



Serangkap pantun lipatan kasih buat Puan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.....

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Kunjungan puan jadi kenangan


Read more...

Friday, August 29, 2014

Majlis Bacaan Yasin Perdana UPSR 2014


Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kerana di beri peluang dan masa oleh Allah SWT bagi mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana UPSR 2014 telah diadakan pada 29 Ogos 2014. Pada tahun ini seramai 40 orang Murid bakal menduduki peperiksaan UPSR 2014 pada 9, 10 & 11 September 2014 ini, dengan harapan dan doa agar semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang, diberikan kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan dan dipermudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan UPSR nanti.


Read more...

Thursday, August 28, 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke 57 Peringkat Sekolah 2014



Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara Malaysia kali ke 57 ini telah diadakan pada Rabu 27 Ogos 2014. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Nyanyian lagu-lagu patriotik, Laungan Merdeka, Pertandingan Melukis & Mewarna dan Konvoi Berbasikal Jalur Gemilang.

Tema 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' ini dapat menyemai serta menyemarakkan rasa cinta yang suci murni abadi kepada negara dalam diri setiap guru dan murid-murid sekolah SK Nami serta seluruh rakyat Malaysia . Ia juga diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati setiap rakyat Malaysia.




Read more...

Wednesday, August 27, 2014

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 57


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.
Semoga pemilihan tema 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' ini dapat menyemai serta menyemarakkan rasa cinta yang suci murni abadi kepada negara dalam diri setiap rakyat Malaysia. Ia juga diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara yang kita kecapi selama ini akan berterusan pada jangka masa panjang.

RASIONAL LOGO

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah - Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru - Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning - Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih - Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.


Lirik: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia kali Ke 57.
Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Read more...

Saturday, August 9, 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Pesta Buah peringkat sekolah 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Buah peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2014 telah diadakan pada 7 Ogos 2014 (Khamis).





Read more...

Monday, July 7, 2014

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Nami Kali Ke-20 Tahun 2014

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Nami Kali Ke-20 Tahun 2014 telah dijayakan pada hari Rabu 25 Jun 2014 yang lalu.





Read more...

SUHANA BINTI HASHIM

NAMA : SUHANA BINTI HASHIM
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 15.6.2014

Read more...

Tuesday, June 17, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2014 telah diadakan pada 18 Mei 2014 yang lalu. Tema Hari Guru 2014 ialah " Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi ". Pada tahun ini pihak sekolah & PIBG berkerjasama menyembelih seekor lembu bagi mengadakan kenduri sempena Hari Guru 2014. 




Read more...

Friday, May 23, 2014

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2014


Kem Kecemerlangan UPSR SK Nami 2014 telah diadakan pada 14 & 15 Mei yang lalu. Kem tersebut di adakan di Institut Kemahiran Belia Negara Naka (IKBN Naka). Seramai 40 orang murid tahun 6 serta guru-guru tahun 6 terlibat sepenuhnya sepanjang kem tersebut.



Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP