Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Saturday, May 30, 2015

Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka 2015 Sempena Sambutan Jubli Emas SK Nami


Pada 29 Mei 2015 bertempat di Kedah Bowl Alor Setar, satu Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka 2015 Sempena Sambutan Jubli Emas SK Nami telah diadakan. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru & Staf SK Nami. Seramai 30 Peserta (10 Pasukan) telah menyertai kejohanan ini yang terdiri dari Guru Sekolah, Pegawai PPD & JPN, Agensi Kerajaan & Swasta.

 





Read more...

Friday, May 29, 2015

Program Forum Perdana sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Nami 2015


Pada 28 Mei 2015 (Khamis), PIBG & SK Nami dengan kerjasama Jabatan Kerajaan & Swasta telah mengadakan Program Forum Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Nami 2015. Program telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka SK Nami pada jam 9.00 Malam. Pihak PIBG & Warga Sekolah Kebangsan Nami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Panel Forum Perdana kerana sudi hadir ke SK Nami bagi menjayakan Program ini. Pihak PIBG & Pihak SK Nami mengalukan kehadiran orang ramai yang hadir meramaikan program forum perdana kali ini dan juga kepada semua pihak yang memberi sumbangan, sokongan & kerjasama dalam menjayakan program ini.



 


Read more...

Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Nami 2015

Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Nami 2015 telah dijayakan pada 28 Mei 2015 (Khamis). Sambutan disempurnakan oleh En Ahmad Kamil bin Munin.







Read more...

Tuesday, May 26, 2015

Pelancaran Kedah-eTutor.com


Pada 1 Apr 2015, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir melancarkan Kedah e-Tutor (www.kedah-etutor.com), portal pendidikan dalam talian powered oleh TH3 Holdings Sdn Bhd, yang bakal memberi manfaat kepada 280,000 pelajar dari Tahun Empat hingga Tingkatan Lima di negeri ini.


Mukhriz berkata, projek RM18 juta adalah satu inisiatif oleh kerajaan negeri untuk mencapai lima kedudukan teratas di seluruh negara untuk peperiksaan utama tahun ini.

"Para pelajar akan dapat mengakses portal dalam talian untuk membantu meningkatkan pemahaman mereka mengenai subjek dengan menggunakan pengetahuan mereka ke dalam ujian dengan melakukan latih tubi untuk meningkatkan persediaan mereka untuk peperiksaan utama," katanya selepas melancarkan portal e-Tutor di Sungai Petani Majlis Perbandaran (MPSPK) yang lalu.

Turut hadir ialah Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah (JPN Kedah) Datin Azuyah Hassan.

Di bawah projek ini, pelajar-pelajar di negeri ini akan mempunyai akses percuma kepada 80 mata pelajaran yang berbeza boleh didapati di e-portal Tutor, yang dikendalikan oleh TH3 Holdings Sdn Bhd.

Majlis Pelancaran Kedah-etutor Peringkat Daerah Padang Terap telah dilancarkan pada Ahad 24 Mei 2015 di PPD Padang Terap. Pelancaran disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain


Read more...

Lawatan Ybhg . Dato' Misrah bin Haji Ibrahim (Penyelia Projek PADU Kementerian pelajaran Malaysia) ke SK Nami


Selamat Datang Ybhg . Dato' Misrah bin Haji Ibrahim, Penyelia Projek PADU Kementerian Pelajaran Malaysia, ke Sekolah Kebangsan Nami pada 20 Mei 2015. Turut Hadir bersama adalah Tn Haji Mokhtar Bin Hashim B.C.K. (Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan JPN Kedah). 




Read more...

Monday, May 25, 2015

Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Padang Terap 2015


Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Sempena Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Padang Terap 2015 telah diadakan pada 21 & 22 Mei 2015, bertempat di Padang SK Kuala Nerang. Sebanyak 12 buah pasukan di kalangan Guru & Staf sekolah menyertai karnival tersebut.

Guru Sekolah Kebangsaan Nami bergabung tenaga dengan Guru SK Naka & SK Lamdin telah berjaya melayakkan diri ke peringkat Akhir dan muncul sebagai Naib Johan pada karnival tahun ini.




Read more...

Monday, May 18, 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015 telah dijalankan pada 18 Mei 2015. Tema Hari Guru bagi tahun 2015 adalah "Guru : Menimba Ilmu Menyempurnakan Akhlak"


 




Read more...

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

Peperiksaan Pertengahan Tahun SK Nami 2015 telah ditetapkan pada 24 Mei 2015 - 27 Mei 2015 (Ahad - Rabu).

JADUAL TAHAP 1

JADUAL TAHAP 2

Read more...

Sambutan Jubli Emas SK Nami & Program Forum Perdana 2015


Sekolah Kebangsaan Nami & PIBG SK Nami serta kerjasama Jabatan-jabatan Kerajaan akan mengadakan Program Forum Perdana sempena Sambutan Jubli Emas SK Nami. Program akan diadakan pada 28 Mei 2015 (Khamis).

Muslimin dan Muslimat di Jemput Hadir


Aturcara Sambutan Jubli Emas & Forum Perdana

2.00 ptg - Perasmian Jubli Emas
3.00 ptg - Sukaneka
6.00 ptg - Penyampaian Hadiah
8.00 mlm - Persembahan Kesenian Islam
9.00 mlm - Forum Perdana
11.00 mlm - Majlis Bersurai

Read more...

Saturday, May 9, 2015

Brosur SK Nami 2015

Brosur Sekolah Kebangsaan Nami 2015



Read more...

Saturday, May 2, 2015

Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Padang Terap 2015 - SK Nami Muncul Naib Johan Perempuan Bawah 12 Tahun

Siti Fatimah bt Abdullah dari Kelas 6 Cerdik telah muncul Naib Johan Pertandingan Sahibba Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Padang Terap 2015. 





Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP