Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2010
Tarikh : 4 April 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Budiman, SK Nami.
Pelancaran oleh : Puan Lim Gek Yan (Guru Besar)
Program NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dikalangan pelajar. Program NILAN (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dilaksanakan untuk menyerap amalan membaca sebagai satu budaya masyarakat Malaysia dan usaha ini boleh direalisasikan sekiranya budaya membaca disemai dan dipupuk sejak dibangku sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa mengarahkan agar langkah-langkah positif dirancang di peringkat sekolah ke arah tujuan ini.
2 comments:
gambaq cikgu2 xdak ka????
ada, pi klik kat http://sknamikedah.blogspot.com/search/label/Guru%20SK%20Nami
Post a Comment