
Tanggal 16 mei adalah sambutan Hari Guru di Malaysia. Pada 16 Mei juga Pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2010. Di penghujung majlis tiba-tiba Puan Lim Gek Yan memberi ucapan. Dalam ucapan tersebut beliau tetiba sahaja berkata "Hari ini adalah hari terakhir saya berkhidmat di sini sebagai guru besar SK Nami".... suasana terus berubah....
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau selama di Sekolah Kebangsaan Nami. Selamat berpisah buat Puan Lik Gek Yan, dan selamat berkhidmat di sekolah baru.
0 comments:
Post a Comment