Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Saturday, October 8, 2016


AHMAD MUSLIM BIN MAHMOOD
GURU BESAR SK NAMI

          Dilahirkan pada tanggal 5 Disember 1969, anak jati Kedah ini yang berasal dari Kampung Rambai, Pendang telah mendapat pendidikan awal di SK Kampung Rambai dan kemudiannya berpindah ke SK Haji Idris, Alor Setar. Setelah tamat pendidikan rendah, beliau telah melanjutkan pelajaran di SMK Tajar dari tingkatan 1 hingga tamat tingkatan 5. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Dato Syed Omar pada tahun 1988.

          Kerana minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan, beliau telah mengambil Sijil Asas Perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1990-1992) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Darul Aman (2011-2015).

          Berpengalaman hampir 24 tahun dalam bidang pendidikan, beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada awalnya di SK Limau Kasturi, Kelantan pada tahun 1992 hinggalah 1996. Setelah berkahwin, beliau kemudiannya berpindah ke SK Paya Rawa, Pendang sekitar tahun 1997 hinggalah pertengahan tahun 2000. Pada bulan Jun 2000 pula, beliau telah memulakan khidmat baktinya di SK Sungai Tiang, Pendang sehinggalah bulan Oktober 2010. Kemudian, beliau telah berkhidmat di SK Lubuk Merbau sehinggalah tanggal 15 Ogos 2016. Setelah itu, beliau telah ditawarkan bagi mengisi kekosongan tempat Guru Besar di SK Nami yang telah ditinggalkan oleh Cikgu Saad Bin Jali pada bulan April yang lalu kerana berpindah ke Kulim.

                    Sungguh riang anak Palembang,
                    Mengayuh sampan sambil berdendang,
                    Syair disebut nada terbilang,
                    Selamat datang Tuan, kami ucapkan.

0 comments:



UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP